Showing posts with label maintenance tips. Show all posts
Showing posts with label maintenance tips. Show all posts

Friday, September 20, 2024

Preparation for long drive

 

Ignition coil baru 4 ketul, cuma spark plug belum tukar lagi (5 tanda spark plug problem)



Beli fuel filter untuk tukar minyak hitam, tapi spark plug tak beli. Hold dulu..



Done tukar tayar RM360

Selesai episod tukar parts yang penting - Ignition coil, air filter, servis absorber, tukar tayar, buat alignment.


Hari esoknya baru bertolak gerak balik Kelantan. Semoga perjalanan berjalan dengan lancar.



Lampu ni keluar masa tgh bawak dlm 115km++ camtu boleh rasa mcm ada drop sikit(free gear) enjin lepas tu keluar lampu ni. Masa tu terus slow and signal rapat kiri, stop enjin jap lepas tu on balik dah takde lampu tu.. ni brenti kat RNR GM, tengok video youtube dulu apa-apa tips.

Dah cek lampu break belakang, ada 1 mentol LED yg kong tu lama dah. Sbb tu kat panel ak dok keluar check stop lamp.


Ni bg cool down jap kat Rnr gua musang sebelum teruskan perjalanan ke Kelantan.

Reminder, time balik KL maintain bawak bawah 100-110km sebab belum tukar minyak CVT.


Wednesday, May 22, 2024

Apa Perlu Anda Lakukan Untuk Kereta Yang Lebih 15 Tahun

Memiliki kereta lama yang lebih 15 tahun, hati perlu kental dan pemilik perlu sensitif dengan sebarang "rasa yang lain" pada kereta.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian :-

1) Radiator top cover. Radiator sekarang bukan semuanya besi. Ada bahagian dibuat dengan plastik. Setiap 3-4 tahun, sebaiknya tukar bahagian penutup plastik. Saya pernah bertangguh untuk tukar penutup plastik tersebut dan akibatnya ketika memandu dengan kelajuan 120km/h, penutup plastik radiator tiba-tiba pecah. Mujur hanya perlu lakukan "top overhaul". Jika nasib tak baik, perlu tukar enjin. 

2) Timing belt & air cond belt. Perlu tukar ikut saranan pengeluar. Biasanya 100,000 km. Jika kereta sudah 9-10 tahun dan batuan belum sampai 100,000km, sebaiknya tukar. Jika putus di tengah jalan, kita akan keluar kos yang tinggi.

3) Minyak power steering & minyak brek. Tukar setiap 5 tahun sekali atau bila kita perasan minyak sudah bertukar warna merah kehitaman. Warna asal kuning cair. 

4) Sistem penghawa dingin. Buat full service 2 @ 3 tahun sekali. 

5) Minyak gear box. Tukar setiap 40,000-80,000 km. Ikut saranan pengeluar. Jika tidak sampai batuan, tukar setiap 2@3 tahun sekali.

6) Ini paling penting. Masa perbaharui insurans, ambil pakej "unlimited towing". Hanya perlu tambah dalam RM100 dari insurams asal. Bila kita pandu kereta lama, kita tidak tahu bila kereta kita akan rosak. Dengan "unlimited towing", kita tidak perlu risau bila kereta rosak di tengah jalan. Hati pun tenang, tidak perlu risau fikirkan kos tarik kereta. 

Masing-masing punya pilihan. Tidak mahu pening kepala, beli sahaja kereta baru. 

Sekurang-kurangnya, tidak perlu pening kepala untuk baiki kerosakan kereta. Hanya perlu hadap bayaran ansuran bulanan.



Friday, May 17, 2024

8 Tips Maintenance Kereta Anda Wajib Tahu

1. 5,000KM - tukar mintak hitam
2. 10,000KM -  air filter kena tukar
3. 20,000KM
4. 30,000KM
5. 40,000KM
6. 50,000KM
7. 80,000KM
8. 100,000KM - Timing belt kena tukar

Sumber