Friday, November 6, 2026

5 Part Prevé Wajib Perhati Bila Mileage Dah Lebih 200k KM

5 Part Prevé Wajib Perhati Bila Mileage Dah Lebih 200k KM, No 5 Paling Penting!
Kalau anda pakai Proton Prevé (sedan segmen-C legend pasaran Malaysia keluaran 2012–2018, enjin 1.6L CamPro IAFM+ atau 1.6L CFE Turbocharged) dan mileage dah cecah atau melepasi 200,000 KM, jangan tengok minyak hitam je masa servis. Bila dah sampai mileage tinggi macam ni, ada beberapa part yang memang elok diperiksa berdasarkan jadual servis dan keadaan sedan ini. Lagi-lagi kalau Prevé tu dah lama berjasa untuk ulang-alik kerja, redah jem, dan selalu jalan jauh. Memandangkan Prevé ada dua varian enjin (IAFM+ N/A & CFE Turbo dengan Punch CVT), spesifikasi alat gantinya berbeza mengikut varian!

First sekali, check spark plug & ignition coil. Kalau dah lama tak tukar, jangan pelik kalau Proton Prevé rasa kurang bertenaga, pickup berat, atau enjin rasa macam jerking / bergegar masa tekan minyak.
Beza Enjin:
Prevé 1.6 IAFM+ (N/A): Menggunakan spark plug biasa yang disyorkan tukar setiap 20,000 KM hingga 40,000 KM.
Prevé 1.6 CFE Turbo: Menggunakan Iridium Spark Plug khas untuk menampung haba dan tekanan boost turbo (wajib tukar setiap 40,000 KM – 50,000 KM).
Sebaiknya jangan main beli ikut rupa atau harga murah. Kalau spark plug dah haus atau coil dah bocor arus, pembakaran enjin boleh jadi kurang sempurna dan mudah jadi misfire. Kalau dah ada simptom macam ni, jangan tunggu sampai enjin semput baru nak check. Saya sediakan link spark plug Original untuk Prevé ni, kalau nak tengok harga dan check dulu yang mana sesuai, boleh tekan sini: 
CFE: https://s.shopee.com.my/4fxYoCvstX
IAFM: https://s.shopee.com.my/4Ve8btwWEW

Kedua, check coolant, Oil Cooler Hose (OCH) & Radiator System. Yang ni jangan tunggu sampai kereta overheat baru nak ambil tahu. Dalam jadual servis Proton, penukaran coolant asli digalakkan untuk diperiksa setiap servis major dan wajib ditukar secara berkala. Bagi Prevé ber-mileage 200k KM:
Khusus Prevé CFE Turbo (ISU OCH): Hos penyejuk minyak (Oil Cooler Hose / OCH) jenis getah asal amat terkenal dengan isu bocor atau pecah mengejut. Pada 200k KM, jika belum tukar ke OCH jenis Steel Braided, tukar segera untuk elakkan minyak enjin habis keluar sampai enjin overheat atau jammed! Kalau nak cari OCH improved version original Proton boleh tengok kat sini: https://s.shopee.com.my/4LKiPax9ZV

Bagi varian IAFM+ mahupun Turbo, tangki simpanan air (spare tank), hos bypass, dan motor kipas radiator selalunya dah mula rapuh pada mileage ini. Kalau nak cari coolant, cari yang memang sesuai dengan spec Proton. Kalau nak tengok yang betul² Ori dan check harga dulu, boleh tekan sini: https://s.shopee.com.my/4B1IDHxmuU

Ketiga, check minyak gearbox Punch CVT, CVT Filter & Cooler Hose. Yang ni kena beri perhatian paling serius sebab Proton Prevé (terutamanya versi CVT) menggunakan transmisi Punch CVT3 yang perlukan pelincir spesifik Punch CVT Oil asli! Untuk Prevé CVT, minyak gearbox dan penapis minyak gear (CVT strainer & paper filter) wajib ditukar mengikut sela masa ketat (setiap 30,000 KM – 40,000 KM). Pada mileage 200k KM, jika minyak gearbox dah lewat tukar atau kotor, pertukaran gear akan jadi lambat, tersentak (jerking), atau timbul bunyi whining. Lagi penting, jangan anggap semua masalah gearbox boleh selesai hanya dengan tukar minyak, sebab kalau dah ada kerosakan mekanikal, memang kena diagnose dulu. Kalau memang dah sampai masa nak servis, dan anda nak tengok harga minyak yang sesuai, boleh check kat sini:
Minyak Punch CVT Fluid Original Proton:
https://s.shopee.com.my/40hs0yyQFT
Filter Gearbox & Gasket Sump Prevé: https://s.shopee.com.my/2LZe23kHzY
Tengok spec dulu sebelum checkout.

Keempat, check air filter enjin, IAFM Flap / Turbo Recirculation Valve & cabin filter. Benda ni nampak macam kecil, tapi memang termasuk dalam jadual penyelenggaraan Proton Prevé.
Beza Enjin:
IAFM+: Flap manifold intake vakum boleh berbunyi "krik-krik" pada mileage tinggi bila haus.
CFE Turbo: Injap recirculation turbo dan hos intake perlu diperiksa supaya tiada kebocoran tekanan boost.
Air filter enjin digalakkan untuk diperiksa setiap 20,000 KM dan diganti setiap 40,000 KM. Air filter yang tersumbat akan membuatkan enjin terasa berat dan penggunaan petrol jadi lebih kuat. Manakala cabin filter elok diganti secara berkala supaya udara dalam kabin kekal segar. Cari yang memang dibuat untuk Prevé. Kalau nak tengok harga filter yang Original, boleh check kat sini:
Air Filter Proton Prevé:
CFE: https://s.shopee.com.my/2Vt4EMjeeb
IAFM (WORKS): https://s.shopee.com.my/20wndRlYfW
Cabin Filter Prevé:
SANDEN: https://s.shopee.com.my/2BGDpkkvKZ
PATCO: https://s.shopee.com.my/30pKpHhkdk
Boleh compare dulu dengan harga kedai sebelum decide.

Tapi No. 5 ni memang kena bagi perhatian lebih — Timing Belt Set (100k KM), Water Pump & Engine Mounting / Steering Rack Bush.
Memandangkan enjin CamPro IAFM+ dan CFE Turbo pada Prevé menggunakan Timing Belt (bukannya timing chain), ini adalah komponen hidup mati enjin anda!
• Timing Belt Set & Water Pump: Penukaran timing belt wajib dilakukan setiap 80,000 KM – 100,000 KM. Pada mileage 200,000 KM, Prevé anda kini berada di fasa penukaran timing belt kali kedua! Wajib ganti sekali tensioner bearing, oil seal (camshaft & crankshaft), dan water pump. Jika timing belt putus, injap (valve) akan bengkok teruk dan memerlukan kos overhaul beribu ringgit!
• Engine Mounting Set: Prevé mempunyai badan yang berat. Pada 200k KM, mounting selalunya dah mendap atau retak, menyebabkan gegaran kuat meresap terus ke stereng dan dashboard bila berhenti masa gear D.
• Steering Rack Bush & Absorber Mounting: 1. 
Sistem stereng elektro-hidraulik (EHPS) Prevé sangat responsif, tetapi bushing steering rack dan absorber mounting depan kerap menghasilkan bunyi ketukan "tok-tok" bila lalu jalan tidak rata pada mileage tinggi.
Jadi bila Prevé anda dah melepasi 200K KM, memang elok minta pomen periksa keadaan set timing belt, water pump, OCH (untuk Turbo), dan engine mounting. Kalau memang dah sampai masa atau nampak rosak, jangan bertangguh. Kalau nak survey harga pasaran dulu pun boleh, tekan sini:
Engine Mounting Set Prevé:
CFE: https://s.shopee.com.my/6VPCzqzdYZ
IAFM: https://s.shopee.com.my/5LDFbi44vM
Water Pump Ori Prevé:
CFE: https://s.shopee.com.my/5VWfo13RaP
IAFM: https://s.shopee.com.my/5fq60K2oFS
Timing Belt Kit Set Prevé (100k KM):
https://s.shopee.com.my/5q9WCd2AuV
Fan Belt Prevé:
https://s.shopee.com.my/80E0mfW6cb

Sebenarnya bila Proton Prevé dah cecah 200K KM, bukan bermaksud kena tukar semua benda dalam kereta. Yang penting tengok rekod servis, ikut interval yang betul, dan periksa keadaan part yang berkaitan. Lagi satu, jangan lupa pastikan komponen brek (brake pad, disc rotor, dan brake fluid DOT 4) serta bushing suspensi (lower arm, stabilizer link, & absorber) diperiksa kerana sedan ini terkenal dengan kendalian pemanduan yang sangat mantap dan stabil. Kalau nak cari barang-barang maintenance yang saya mention tadi, saya dah letak link, boleh tekan, tengok spec dan harga dulu. Tak semestinya kena beli pun, sekurang-kurangnya anda tahu berapa harga barang sebelum pergi bengkel.

💡 Tips Tambahan: Pasang Karpet Kalis Air.
Karpet kain asal Proton Prevé mudah simpan habuk, tumpahan makanan anak-anak, dan pasir. Tukar ke karpet kalis air custom fit untuk memudahkan pembersihan, elak bau kepam dalam ruang kabin, dan naikkan seri ruang dalaman sedan segmen-C kesayangan anda!
Beli Karpet Kalis Air Custom Fit Proton Prevé di sini: https://s.shopee.com.my/8VAHNaUCbi

Thursday, October 29, 2026

Kereta National Sebelum Era Peralihan

Dulu syarikat kereta nasional kita ini boleh dikatakan agak pantas dalam mengejar teknologi, di kala masih banyak pengeluar-pengeluar kereta masih belum keluar enjin turbo downsized untuk sedan segmen C bukan model prestasi tinggi, Proton keluarkan Preve dengan enjin 1.6L Turbo, malah sebelum itu Proton letakkan enjin downsized 1.6L Turbo pada Exora CFE.

Enjin 1.6L Turbo milik Proton yang dibangunkan bersama-sama dengan Lotus menggunakan lencana CFE, macam sama taraf dengan lencana TSI, TFSI dan CGI, memang Proton tak mahu ketinggalan dalam bab teknologi.

Dalam bab rekabentuk pula, untuk model sedan macam Preve dan Persona 2016, menggunakan gaya fastback, nampak macam perekabentuk Proton pandai nak buat kereta Proton bergaya dengan bentuk yang agak moden, walaupun fastback Proton bukan fastback paling cantik.

Preve dulu datang dengan dua jenis enjin, 1.6L NA dan 1.6L Turbo (CFE).

Yang 1.6L ZFE berkuasa maksimum 140 ps pada 5000 rpm, tork maksimum 205 Nm dari 2000 hingga 4000 rpm.

Dengan tork begitu, pada 4000 rpm, enjin 1.6L CFE sudah ada 117 ps, pada 3000 rpm, sudah ada 88 ps, maknanya pemandu tak perlu sangat nak tekan minyak dengan kuat semasa memecut.

Preve CFE menggunakan menggunakan transmisi CVT, tetapi kerana ia menggunakan enjin yang torknya agak kuat, enjin tak mengaum kuat macam enjin NA yang juga menggunakan CVT, 0-100 kmsj 9.6 saat, kelajuan maksimum 190 kmsj jika ikut pada spesifikasi yang diberikan Proton, tetapi ramai yang dapat lebih dari 200 kmsj.

Spesifikasi Preve CFE:

Enjin: 1.6L (1561 cc) 4-silinder DOHC 16-injap Turbo PFI (Port Fuel Injection).

Kuasa maksimum: 140 ps / 138 hp / 103 kW @ 5000 rpm.

Tork maksimum: 205 Nm @ 2000 - 4000 rpm.

Transmisi : CVT 7-kelajuan virtual ProTronic. 

Berat: 1340 kg.

0-100 kmsj: 9.6 saat.

Kelajuan maksimum: 190 kmsj.


Monday, September 28, 2026

Rally Shakedown at Tanamera Park


Xone Motorsport, Faizal Tuah a.k.a Atan co-driver Rally Championship Rally of Perlis 2018 and standing until 2022. 
SSG Rally Car, Abang Jasni SSG as the mechanic Subaru (Workshop at Subang Bistari)
Abang Halim, known since 2011 gym buddy at Iron Gym Wangsa Maju. Mechanic at R&R

Meet the Star ⭐ 

After watched Terbang at TGV Cinema, straight to the legendary flying Sikh Mr Karamjit Singh the FIA PWRC Champion 🏆 

Rozuwan a.k.a Chepot (middle) & Faizal Tuah a.k.a Atan(left), used to beat the flying Sikh during Rally of Perlis and they become champion 🏆 since 2018 until after COVID-19 (early 2022)



Taxi-Ride moment
Zaidan the Z Garage 

Kakak with Faidzal Alang, Evo 6

Aqilah with Faidzal Alang, Evo 6

Closing

Sunday, September 27, 2026

Juara Dunia Rally PWRC dari Malaysia

Malaysia pernah melahirkan seorang juara dunia. Bukan dalam badminton, bukan juga dalam bola sepak, malah bukan di balapan.

Tetapi di jalan tanah, lumpur, batu kerikil dan selekoh yang kalau tersilap sedikit, kereta boleh terus masuk hutan.

Namanya Karamjit Singh. Pada 2002, dia menjadi pemandu Asia pertama memenangi FIA Production Car World Championship.

Lebih menarik, dia melakukannya pada percubaan pertamanya, dan dia melakukannya bersama program rali Proton PERT, membawa jentera Proton ke pentas dunia.

Karamjit juga adalah wira yang pernah bangkit dari kejatuhan sehingga sanggup menjadi pemandu e-hailing demi meneruskan perjuangan.

Karamjit Singh yang digelar sebagai The Flying Sikh ini lahir pada tahun 1962 dan mula menceburi sukan rali sejak zaman mudanya.

Bapanya adalah individu yang memperkenalkannya kepada dunia permotoran, dan dari situlah semangat itu terus membara.

Dia memulakan karier secara serius pada tahun 1980-an dan tidak pernah berpaling ke belakang.

Pada tahun 2002, Karamjit mencipta sejarah yang tidak akan dilupakan oleh mana-mana rakyat Malaysia.

Dia menjadi pemandu Malaysia pertama yang dinobatkan sebagai Juara Dunia Rali Pengeluaran (PWRC) FIA.

Lebih membanggakan, dia melakukannya pada percubaan pertamanya.

Dia juga merupakan pemandu Asia pertama yang memenangi gelaran tersebut.

Kemenangan itu disempurnakan di Rally Australia bersama juru arah Allen Oh.

Dia mengumpul 32 mata keseluruhan, mengalahkan pemandu-pemandu hebat dari seluruh dunia.

Menariknya, pada tahun yang sama, Karamjit turut memenangi Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).

Ia menjadikannya pemandu pertama yang memenangi kedua-dua kejuaraan PWRC dan APRC dalam satu musim yang sama.

Sepanjang kariernya, dia telah memenangi APRC sebanyak tiga kali. Kejuaraan itu dicapai pada tahun 2001, 2002 dan 2004.

Jumlah trofi yang dikumpul beliau dianggarkan mencecah 500 buah, satu angka yang sangat luar biasa.

Kejayaan demi kejayaan itu menjadikannya penerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan pada tahun 2002 yang dijulang bersama juruarahnya, Allen Oh.

Namun, di sebalik kegemilangan itu, perjalanan selepas bersara tidak semudah yang disangka.

Selepas sokongan korporat melalui Petronas EON Racing Team (PERT) berakhir, Karamjit terpaksa berdikari.

Dia mengakui telah menggunakan wang simpanan KWSPnya yang bernilai lebih RM1 juta demi membiayai karier rali beliau.

Dia juga pernah menjual apartmen dan tiga buah keretanya demi meneruskan minatnya itu.

Pada tahun 2020, ketika dunia dilanda pandemik COVID-19, keadaan kewangannya menjadi sangat mencabar.

Dia mengambil keputusan menjadi pemandu e-hailing untuk menampung hidup, satu realiti yang menyayat hati bagi seorang juara dunia.

Namun, semangatnya tidak pernah padam.

Pada tahun 2025, Karamjit membuktikan usianya hanyalah angka apabila dia memenangi Kejuaraan Rali Malaysia di Jempol pada usia 63 tahun.

Setahun kemudian, dia terus mengukir kejayaan dengan menjuarai Rally of Melaka 2026 pada usia 64 tahun.

Dia masih memandu Proton Gen2 4WD Turbo yang sudah berusia 19 tahun, satu testimoni kepada kemahiran dan keberaniannya.

Dari jalan rali era 80-an, ke kejuaraan Asia, hinggalah gelaran dunia. Kemudian kembali berlumba ketika ramai rakan seangkatannya sudah lama bersara.

Karamjit Singh bukan sekadar meninggalkan rekod, tapi dia meninggalkan satu ayat yang cukup untuk menggambarkan hidupnya di belakang stereng.

Selagi masih boleh menang, kenapa nak berhenti?

Dan nampaknya, The Flying Sikh masih belum puas terbang.

𝑵𝒐𝒕𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔:

𝑷𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔𝒂𝒏 𝒊𝒏𝒊 𝒅𝒊𝒔𝒖𝒔𝒖𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒂𝒔𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒓𝒖𝒋𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒍𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝒔𝒖𝒎𝒃𝒆𝒓 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝒕𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒓𝒖𝒋𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒋𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒊𝒕𝒂𝒏. 𝑺𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒎𝒂𝒌𝒍𝒖𝒎𝒂𝒕 𝒅𝒊𝒔𝒆𝒎𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒔𝒖𝒔𝒖𝒏 𝒔𝒆𝒕𝒆𝒍𝒊𝒕𝒊 𝒎𝒖𝒏𝒈𝒌𝒊𝒏, 𝒏𝒂𝒎𝒖𝒏 𝒌𝒆𝒔𝒊𝒍𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌𝒕𝒆𝒑𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒇𝒂𝒌𝒕𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒍𝒂𝒌𝒖. 𝑺𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒆𝒕𝒖𝒍𝒂𝒏 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒎𝒂𝒌𝒍𝒖𝒎𝒂𝒕 𝒕𝒂𝒎𝒃𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒕𝒆𝒑𝒂𝒕, 𝒔𝒊𝒍𝒂 𝒌𝒐𝒏𝒈𝒔𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝒓𝒖𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒐𝒎𝒆𝒏. 𝑷𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔𝒂𝒏 𝒊𝒏𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒅𝒊𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒅𝒊𝒔𝒂𝒍𝒊𝒏 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒅𝒊𝒔𝒊𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒍𝒂 𝒅𝒊 𝒎𝒂𝒏𝒂-𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒑𝒍𝒂𝒕𝒇𝒐𝒓𝒎 𝒕𝒂𝒏𝒑𝒂 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔.


Thursday, September 24, 2026

Filem Terbang Kini Di Pawagam

Kebanyakan orang dah tahu filem Terbang ni berdasarkan peristiwa sebenar (based on real event).

Ramai yang tahu pelakon pelakon filem Terbang membawa watak sebenar tapi ditukar nama seperti Ajeet = Karamjit, Ah Kit = Allen Oh, Imran = Irman, Rahim = Razak.

Tapi, ramai tak tahu ada satu watak yang membawa watak dirinya sendiri.

Watak itu adalah Proton PERT. Kereta yang digunakan di dalam filem Terbang adalah kereta sebenar yang memenangi gelaran IPRC World Champion 2002. 

Dihidupkan semula selepas bertapa sejak 2004 di dalam stor PERT.

Pada tahun 2020, gempar apabila Proton PERT ini di hantar ke kedai besi buruk untuk dilupuskan (selepas Geely beli saham Proton).

Nasibnya baik, pihak tertinggi Proton menarik semula Proton PERT dari kedai besi buruk dan dia kembali ke Proton.

Kini dia kembali beraksi layar lebar. Saksikan kehebatan Proton PERT di pawagam. 

Itulah kisah tragik Proton PERT yang ramai tak tahu. Kalau korang tahu kisah sedih Proton PERT ni korang akan sebak bila menonton Terbang.

Nota: Proton PERT menggunakan kejuruteraan dan casis dari model JDM iaitu Mitsubishi Lancer Evolution VI (Evo 6)

Sumber Nam Ron