Thursday, September 24, 2026

Filem Terbang Kini Di Pawagam

Kebanyakan orang dah tahu filem Terbang ni berdasarkan peristiwa sebenar (based on real event).

Ramai yang tahu pelakon pelakon filem Terbang membawa watak sebenar tapi ditukar nama seperti Ajeet = Karamjit, Ah Kit = Allen Oh, Imran = Irman, Rahim = Razak.

Tapi, ramai tak tahu ada satu watak yang membawa watak dirinya sendiri.

Watak itu adalah Proton PERT. Kereta yang digunakan di dalam filem Terbang adalah kereta sebenar yang memenangi gelaran IPRC World Champion 2002. 

Dihidupkan semula selepas bertapa sejak 2004 di dalam stor PERT.

Pada tahun 2020, gempar apabila Proton PERT ini di hantar ke kedai besi buruk untuk dilupuskan (selepas Geely beli saham Proton).

Nasibnya baik, pihak tertinggi Proton menarik semula Proton PERT dari kedai besi buruk dan dia kembali ke Proton.

Kini dia kembali beraksi layar lebar. Saksikan kehebatan Proton PERT di pawagam. 

Itulah kisah tragik Proton PERT yang ramai tak tahu. Kalau korang tahu kisah sedih Proton PERT ni korang akan sebak bila menonton Terbang.

Nota: Proton PERT menggunakan kejuruteraan dan casis dari model JDM iaitu Mitsubishi Lancer Evolution VI (Evo 6)

Sumber Nam Ron

No comments:

Post a Comment