Inspira dilencana semula oleh Proton selepas lebih kurang 3-tahun Lancer GT masuk pasaran negara kifa secara rasmi.
Lancer GT masuk dengan menggunakan transmisi CVT, pada waktu itu agak kecoh jugalah dengan transmisi Lancer, ada yang kata CVT cepat panas, dan macam-macam lagilah, almaklumlah pada waktu itu kereta sama segmen dengan Lancer (segmen C) masih menggunakan transmisi automatik. Mungkin kerana marketing transmisi automatik atau memang CVT bermasalah, itu aku tak tahu sangat. Namun ada kawan aku yang guna Lancer GT tak pernah kena pun masalah CVT, termasuklah Lancer Sportback 2.4L. Elok sahaja walaupun masing-masing kaki lari belaka.
Jualan Lancer GT boleh dikatakan berjaya jugalah, ramai yang membelinya kerana nampak sporty dan boleh convert jadi Evo.
Lebih kurang 3 tahun selepas Lancer GT diperkenalkan di negara kita, Proton dapat lencana semula Lancer, nama diberi Proton Inspira.
Berbeza dengan Lancer yang datang dengan enjin 2.0L (tidak termasuk Lancer Sportback), Inspira datang dengan dua jenis enjin 1.8L 140 ps dan 2.0L 150 ps, dan yang best-nya, ada varian transmisi manual, tetapi untuk varian 1.8L sahaja.
Cukuplah walaupun 1.8L sahaja, pecutan pun sudah cukup kuat, 0-100 kmsj ambil masa 10 saat, kelajuan maksimum 202 kmsj.
Varian 1.8L manual merupakan Inspira yang paling kuat memecut dan mempunyai kelajuan maksimum paling laju.
0-100 kmsj Inpira 1.8L CVT, 11.4 saat, kelajuan maksimum 191 kmsj, Inspira 2.0L CVT pula, 10.5 saat dan 198 kmsj.
Kalau tanya kat aku, mana satu Inspira yang aku suka, sudah tentu aku akan jawab Inspira 1.8L manual, bukan sahaja merupakan Inspira paling power, tetapi dengan menggunakan transmisi manual, sudah tentu pemanduan akan lebih seronok.
Nak lebih pikap, boleh main nisbah gear, paling mudah, tukar nisbah gear final (final ratio) yang lebih besar dan kecilkan sedikit nisbah gear pertama supaya masa masuk gear kedua, rpm enjin tak turun banyak. Jika tak kisah dengan bunyi bising, tukar straight-cut gear. Tapi bunyi berdesing bising sangat nanti.
Aku pernah tarik pikap dengan Inspira 1.8L manual, bagi aku nisbah gearnya dibuat untuk keselesaan pemanduan dan penggunaan petrol yang ekonomi, bukan untuk main tarik pikap, jika suka tarik pikap bolehlah buat apa yang aku tulis di atas. Namun modalnya boleh tahan juga.
Nak layan tarik pikap dengan CVT, aku tak berapa minat sangat, memang tak syok. Transmisi CVT paling best bagi aku hanyalah CVT 8-kelajuan virtual pada Audi A4 B8 2.0L TFSI pacuan hadapan. Syok tetapi selepas itu Audi hentikan terus CVT kerana beberapa masalah yang kosnya perlu ditanggung Audi (di USA), kemudian digantikan dengan dwi klac dan automatik.
Spesifikasi:
1.8L Manual:
Enjin: 4B10 1.8L (1798 cc) 4-silinder DOHC 16-injap MIVEC.
Kuasa maksimum: 140 ps / 103 kW @ 6000 rpm.
Tork maksimum 177 Nm @ 4250 rpm.
Transmisi: CVT
Berat: 1300-1310 kg
0-100 kmsj: 10.0 saat.
Kelajuan maksimum: 202 kmsj.
1.8L CVT.
Enjin: 4B10 1.8L (1798 cc) 4-silinder DOHC 16-injap MIVEC.
Kuasa maksimum: 140 ps / 103 kW @ 6000 rpm.
Tork maksimum 177 Nm @ 4250 rpm.
Transmisi: CVT
Berat: 1325 kg.
0-100 kmsj: 11.4 saat.
Kelajuan maksimum: 191 kmsj.
2.0L CVT:
Enjin: 4B11 2.0L (1998 cc) 4-silinder DOHC 16-injap MIVEC.
Kuasa maksimum: 110 kW @ 6000 rpm.
Tork maksimum 197 Nm @ 4250 rpm.
Transmisi: 5MT.
Berat: 1335-1350 kg.
0-100 kmsj: 10.5 saat.
Kelajuan maksimum: 198 kmsj.
No comments:
Post a Comment