Saturday, May 30, 2026

Polisi Insuran Market Value vs Agreed Value

Asbab accident, baru aku tahu ada 2 jenis kategori kereta yang tak kan di repair after kemalangan. 

1 chasis lari, nak baiki pun tak guna, tak selamat untuk di bawa, hancur etc.

1 lagi BER , Beyond Economical Repair = kos repair melebihi nilai ekonomikal kereta tu. Kalau baiki boleh je guna macam biasa tapi bagi insurance, tak baloi dia bayar kos baiki melebihi nilai sum cover. 

Kereta aku sum covered 65k only. 
Walaupun aku sendiri ejen, masa renew tahun ni pulak aku tak perasan aku dah pilih Market Value padahal tahun-tahun sebelumnya biasa aku pilih Agreed Value ( later aku tulis efek dia) 

Masa kejadian, kebetulan ada abg tonto duduk belakang kereta aku, mmg laju dia buat kerja advise nak masuk bengkel mana.

Aku pulak dalam keadaan shock lagi, tangan iiri terseliuh tak berhenti shacking, dia dah suh sign. 

Orang pertama aku call Hairul ,client aku yg mmg staff maintenance honda kat peringgit jalan klang lama, Otak aku terus ingat Hairul je waktu tu, sebab aku tak pernah service kereta luar. 

Abang tonto kata nak bawa kereta g bengkel, aku cakap tak nak, aku nak kereta aku masuk SC honda jugak. Abg tonto dah risau, dia tanya kereta dah berapa lama. 

Aku cakap jangan risau, kereta aku walaupun dah 8 tahun, polisi aku include sekali Waiver Betterment = new spare part replacement coverage. 

Barulah dia lega nak dengar cakap aku masuk SC. Kalau tak de rider ni? Aku kene bayar 30% dari total cost repair. Gilakan?

Punya laju dia buat kerja, petang accident, malam tu kereta dah sampai kat SC. Esoknya claim review dari staff honda estimate cost repair aku 57K sebab rider betterment aku nak ganti semua part macam baru. 

57K/65K = makna kata 87% dari nilai kereta.

Kalau ikut etiqa claim aku dah melebihi 75% Threshold Total Loss. Aku tengah berdebar tunggu keputusan dari etiqa sebenarnya. 

Cuma aku nak ramai orang sedar, dalam polosi yang kita renew setiap tahun, tolong aware beberapa perkara ni

👉🏻 Market Value vs Agreed Value

Sum covered RM65k 
Baki hutang bank aku skrg ni RM18k

Kalau kereta aku declare BER? 

Polisi Agreed Value aku layak dapat 
65k - 18k = RM 47K solid cash in hand

Tapi di sebabkan polisi Market Value, aku kene tunggu berapa penilai nak beri. This is pengajaran terbesar dalam hidup aku. 

👉🏻 Rider Betterment

Kalau kerete aku boleh baiki & kos RM57k tanpa waiver betterment, aku kene bayar 30% dari total kos bil = RM17K untuk tukar original part, this is crazy guys.

👉🏻 Special Perils ( ni nanti citer) 

👉🏻 Third Party Coverage 

Kalau tengok kereta mangsa yang aku langgar ni, aku punya serba salah tak tahu nak kata. Gandar tayar kiri kereta dia terkeluar, depan kanan dia langgar divider, mmg teruk. Lucky keluarga dia sangat tenang, tak de satu orang pun datang marah aku, tapi diorang cakap tak pe la benda dah jadi. 😭 Aku berterima kasih sangat tak orang luar yg marah atau terus blame aku. Aku pun tak nak benda ni jadi.

Segala kelemahan ambil la sebagai pengajaran. 
Sebelum renew takaful kenderaan semak dan faham setiap fungsi rider. Tak guna fokus yang murah sahaja, bila bencana dah berlaku kos baiki sangat mahal.

Kalau nak renew coverage kereta boleh roger, pengalaman aku urus pelbagai claim inshaAllah boleh kongsi dgn client.

No comments:

Post a Comment