Friday, December 13, 2024

Corak dan Reka Bentuk Tayar Memainkan Peranan Penting dalam Memastikan Keselamatan, Prestasi dan Kecekapan Bahan Api.

Apabila bercakap tentang tayar, corak dan reka bentuk memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan, prestasi dan kecekapan bahan api. Mari kita pecahkan jenis utama corak tayar dan ciri-cirinya: 

 - *Corak Bunga Tayar Simetri*: Ini adalah jenis yang paling biasa, sesuai untuk kereta penumpang. Ia menampilkan rusuk berterusan atau blok bunga merentasi keseluruhan lebar bunga, memberikan pemanduan yang lancar, kestabilan arah yang tinggi dan rintangan guling yang rendah. 
 - *Corak Bunga Tayar Asymmetrical*: Jenis ini menggabungkan corak bunga yang berbeza untuk memberikan cengkaman maksimum pada kedua-dua jalan basah dan kering. Ia sesuai untuk kereta berprestasi tinggi, menawarkan keupayaan selekoh yang luar biasa dan prestasi basah yang unggul. 
 - *Corak Bunga Tayar Arah (Sehala)*: Menampilkan corak bunga anak panah atau berbentuk V, jenis ini direka bentuk untuk kestabilan dan pengendalian berkelajuan tinggi. Ia sesuai untuk kereta sport, tetapi mempunyai arah putaran yang terhad dan hayat bunga yang lebih pendek. 

 Trend bermusim dalam tayar juga penting untuk dipertimbangkan. Contohnya:

 - *Tayar Musim Sejuk*: Direka bentuk untuk keadaan musim sejuk yang teruk, tayar ini menampilkan teknologi pengkompaunan termaju dan corak bunga khusus untuk meningkatkan cengkaman pada salji dan ais. 

 - *Tayar Semua Cuaca*: Trend yang semakin meningkat, tayar semua cuaca bertujuan untuk memberikan keseimbangan prestasi dalam pelbagai keadaan, termasuk jalan kering dan basah, serta salji ringan. 

 Apabila memilih tayar, adalah penting untuk mempertimbangkan faktor seperti gaya pemanduan, jenis kenderaan, permukaan jalan dan keadaan cuaca. Ingat untuk berunding dengan pengedar tayar atau pengeluar kereta anda untuk menentukan corak tayar terbaik untuk keperluan khusus anda.

Wednesday, December 4, 2024

4 Types of Car Smoke and What They Indicates

Different Types of Car Smoke and What They Indicate You:

Have you ever paid attention to the color of smoke coming from the exhaust pipe of your car? While this might sound odd, the color of your exhaust can give you information on how your vehicle is running and whether it needs attention. Exhaust is sometimes an easy indicator of car health.

1. White smoke: 

The presence of water in the combustion chamber will create a whitish exhaust. One common cause of this is a broken or blown head gasket, which allows engine coolant/water to seep into your pistons, creating a white smoke with a noticeable odor.

2. Blue smoke: 

This typically occurs when some engine oil is getting burned off. Worn or damaged piston rings can allow oil to enter the combustion chamber, creating smoke with a bluish tinge. This problem may be visible at startup but could disappear as your engine warms up.

3. Black smoke: 

Black exhaust smoke usually occurs when there is incomplete combustion of your fuel/air mixture. This could be related to problems with the quality of your gas, engine airflow problems, or issues with your spark plugs and/or ignition coils.

4. 3. Grey Smoke:

Grey smoke in cars typically occurs from too much oil, a cracked PCV valve, or a transmission fluid leak. Incomplete combustion can occasionally happen as a result of a defective or failed turbocharger. Transmission fluid may potentially be causing grey smoke to appear.

If you see any of these exhaust colors, your engine needs attention. Before you spend a lot going to a mechanic or having work done on your engine, browse our catalog and identify the products that can take care of your issue.

Monday, November 11, 2024

Berapa lama nak cas kereta EV?

EV - Memahami charger kat rumah
---
Rumah teres biasanya guna Single Phase jadi kuasa maksima charger BYD ialah 7kW selama sejam ( 240v / Malaysia )

Anggaran untuk BYD Atto 3 , ia akan ambil masa 8 jam 23 minit untuk fully charge.

Atau jika charge sejam guna charge 7kW, ia akan memberi mileage sekitar 48km

Kalau Long Range Tesla, ia perlukan sekitar 12 jam.

Kalau nak charging speed laju, kenalah cari port Tesla Supercharger, tapi harga per kilowatt jadi mahal.

BYD Atto 3 mempunyai range sekitar 480km, jadi dalam seminggu, berapa kali aja pun nak kena charge.

Kalau rumah teres dah ada battery simpan power dari Solar Panel, lagilaa untung.

Kalau nak charge lagi laju, kena ubah ke sistem 3 phase.

Berapa kos charging full Tesla / BYD kat rumah ? Itu kena ambil data kat bil TNB

Saturday, November 9, 2024

Kenapa kereta modify tiada harga?

Saya lepak reddit pasal automotive. Nak tahu jugak bagaimana pandangan orang di luar sana terhadap kereta yang telah diubahsuai.

Contohnya, RX-7 diubahsuai letak enjin K24 turbo atau RX-8 yang dah dimasukkan K20

Terus......tiada harga langsung rupanya. Maksudnya, kalau RX-8 itu kekal dengan enjin 13B, ia lagi senang dijual.

Sebabnya , firewall RX-8 kena potong dan masalah gegar driveshaft yang selalu melanda kereta yang diconvert.

Kalau dunia kereta sekenhen pulak, ramai yang nak trade in FK8 dengan dealer untuk beli FL5.

Dan berdasarkan saya perhatikan di grup Type R, mereka akan kembali ke stock kilang. ECU asal dipasang balik, resit servis di SC disimpan dengan rapi, rim asal 20 inci pun dipasang balik. Adjustable dibuka, pasang balik yang asal.

Ikut lojik, dah habis duit masuk Hondata, masuk pulak aftermarket adjustable suspension, lowered cecah lantai,GT wing aftermarket.....patutnya senanglah nak jual kan ? Ohh tidak, kalau boleh diorang takmo beritahu pun FK8 tu pernah dimodifikasi. Lagi keadaannya stock kilang, lagi mudah nak dijual.

Barulah dealer setuju ambil harga tinggi dan mereka berjaya memiliki FL5.

Budaya di luar sana jenis tak percaya terhadap modifikasi dan akhirnya menyebabkan kereta yang diubahsuai tiada harga langsung.

Ambil contoh Honda FD saya. Saya rojakkan masuk K24 dari Accord dan mekanik akan 'rojak' wiring ...kalau di luar sana, kereta saya level tak laku langsung, sebab dah bukan stock kilang.

Kalau ikut lojik, saya penat penat convert ke K24, sepatutnya mudahlah nak jual di harga 80k siap dengan jajan , kan ? Yang membeli cuci tangan aja, tak perlu pening kepala.

Senario di atas hanya berlaku di Malaysia sahaja, di mana FD1 convert K20A FD2R dijual pada 95k dan FD2R ori dijual pada 105k, 10k aja bezanya :D 

Tapi artikel ini ditujukan kepada generasi baharu yang minat kereta.

Kereta lama makin hilang harga ( di negara luar sana )

- sokongan warranty dah tiada
- kilang dah tak keluarkan parts
- kelesuan besi 
- kos nak upkeep yang tinggi
- rate mekanik per hour sangat tinggi, kerajaan mereka amat melindungi hak mereka, rata rata yang bukak bengkel ni agak mewah sebenarnya

Berbalik ke topik asal, peminat kereta di negara luar agak kritikal dalam pemikiran mereka. Saya follow kisah satu RX-7 convert ke K24 , akhirnya kos jadi lagi tinggi sebab bengkel asal buat kerja tak cantik. Dan kena buat balik mounting. Baik beli RX-7 dengan enjin asal 13B, taklah pening kepala nak cari punca gegar.

Sesama mereka, bengkel kutuk bengkel tu perkara normal. Kutuk level kaw kaw punya. Maksudnya, mekanik mereka memperlekehkan mekanik lain tu macam budaya mereka. Dahsyat betul.

---
Agak susah nak apply kat sini, sebab gaya pemikiran penduduk negara maju agak berbeza ( critical thinking )

Konsep owner asal transfer kos modifikasi ke owner baharu dengan alasan jekpot atau cuci kaki, dan owner lama dapat pulak balik modal modifikasi ( sungguh tak lojik akal )