Enjin 1.6L Turbo milik Proton yang dibangunkan bersama-sama dengan Lotus menggunakan lencana CFE, macam sama taraf dengan lencana TSI, TFSI dan CGI, memang Proton tak mahu ketinggalan dalam bab teknologi.
Dalam bab rekabentuk pula, untuk model sedan macam Preve dan Persona 2016, menggunakan gaya fastback, nampak macam perekabentuk Proton pandai nak buat kereta Proton bergaya dengan bentuk yang agak moden, walaupun fastback Proton bukan fastback paling cantik.
Preve dulu datang dengan dua jenis enjin, 1.6L NA dan 1.6L Turbo (CFE).
Yang 1.6L ZFE berkuasa maksimum 140 ps pada 5000 rpm, tork maksimum 205 Nm dari 2000 hingga 4000 rpm.
Dengan tork begitu, pada 4000 rpm, enjin 1.6L CFE sudah ada 117 ps, pada 3000 rpm, sudah ada 88 ps, maknanya pemandu tak perlu sangat nak tekan minyak dengan kuat semasa memecut.
Preve CFE menggunakan menggunakan transmisi CVT, tetapi kerana ia menggunakan enjin yang torknya agak kuat, enjin tak mengaum kuat macam enjin NA yang juga menggunakan CVT, 0-100 kmsj 9.6 saat, kelajuan maksimum 190 kmsj jika ikut pada spesifikasi yang diberikan Proton, tetapi ramai yang dapat lebih dari 200 kmsj.
Spesifikasi Preve CFE:
Enjin: 1.6L (1561 cc) 4-silinder DOHC 16-injap Turbo PFI (Port Fuel Injection).
Kuasa maksimum: 140 ps / 138 hp / 103 kW @ 5000 rpm.
Tork maksimum: 205 Nm @ 2000 - 4000 rpm.
Transmisi : CVT 7-kelajuan virtual ProTronic.
Berat: 1340 kg.
0-100 kmsj: 9.6 saat.
Kelajuan maksimum: 190 kmsj.