Friday, October 25, 2024

Check Stop Lamp Preve

Tukar LED dah banyak kali masih jadi balik. Last resort sebenarnya kena tukar seketul jugak satu set lampu LED third light. Tapi masih tak tukar tunggu next budget tak tahu bila kalau ikut timeline gambar dah setahun les ni hahaha nah link shopee kalau yang nak beli

Ombak Naga Kuantan - CVT Oil change

For the Proton Preve with CVT Oil change, it's generally recommended to change the CVT fluid every 20,000 km or 2 years, whichever comes first. This helps ensure the transmission continues to operate smoothly and efficientlytutorial

Thursday, October 24, 2024

Radiator Fan punah

Going down for real after 11 years, QC since 15.5 2012 Brand Bosch 

Friday, October 18, 2024

Kenderaan banjir ikut tips ini



First of all, if your car is flooded,  just say that it's flooded and it will splash. Number one, turn on the battery. Don't turn it on.

You can't even turn on anything. Turn on the battery, leave it, go to Towing Truck, take it to the workshop. If there is a good mechanic nearby, bring it back, take it out.


First of all, all seats.
Second, all carpets.
Third, what's in the reservoir.
Fourth, you have to get off.

Remove all the oil, water in the reservoir. All must be removed.

The filter must be removed. Everything must be removed. When we have removed everything, we wait for it to dry.

When it dries, it will stay. In a while, it will reset. Correct.

Dry the ECU. 
Dry the TEC. 
Dry the EFI system.
Dry the EPS last time.
ECU, because ECU is all electric.

If we install a new battery, everything will be caught. All four systems are finished. The car is finished.

The engine can be used. The system cannot be used. Is the system expensive or is the engine expensive? System.

The engine is not expensive. The system is expensive because how much is the TEC? 

Transmission Electronic Control. EFI, Electronic Fuel Injection System.

How much is it? How much is it? The ECU is already RM. 25,000. Recondition RM.
8,000. The engine is RM. 15,000.

Saturday, October 12, 2024

Tips Beli Kereta

Dua hari lepas, saya baca posting kisah salesman ketawakan anak muda bergaji 3k nak beli BMW. 

Saya tak tahu, maybe mereka ada side income lain yang boleh mereka cover bulanan. 
Kalau tak ada, memang parah , kena suggest kereta yang lain sesuai untuk beliau.

Minggu lepas, ada sorang pelabur saya tanya pasal kereta saya
Katanya dia lama dah minat kereta model AMG ni, berbentuk telur ni,,
(Saya tak tahu kat mana yang telur tu sebenarnya 😊)
Dan katanya dia teringin nak ambil model sama macam saya

Since dia stay nearby, 
Then saya ajak dia datang rumah saya
Saya bagi dia peluang test drive dalam kawasan perumahan saya ni..

Selesai semua, saya tanya income dia
Katanya sebagai pekerja technical oil n gas, gross salary dalam 5 digit

Tolak epf, tax nett tinggal 9k plus

Saya tak berani nak judge, then saya keluarkan file yang ada resit saya servis, dan kos tayar. 

First servis, cost dalam 6k untuk 12km pertama
Tu servis pertama tu, mana ada rosak wear and tear. 

Tiga bulan lepas pada tahun ni, saya ada buat second servis, untuk 24km
Kos servis dalam 6.5k
Again, tak ada kerosakan apa pun, 

Wear and tear kat tayar, 
Kos tukar tayar sebijik dalam 2.5k

Kereta saya ni, tak adalah kereta mewah juta juta 
Masa saya beli dari kedai 2 tahun setengah dulu, kurang 600k. 
Campur insurans, road tax, tinted, standby la 600k
Kalau nak beli cash

Kalau nak beli ansurans, loan 80 -90 pct, installment maybe dalam 7 -8k kalau ambil 6 tahun.. 

Panjang lebar saya cerita, saya tak ada suruh dia beli, dan saya tak halang jugak kalau dia nak proceed. 
Biar dia fikir sendiri, sebab hanya dia yang tahu kekuatan kewangan dia..,

Tqpi saya ada cakap kat dia la, masa income saya bawah 15k pada 15 tahun dulu, saya pakai kereta Nasional, Perdana.. 

Slow slow la, bila rasa dah stabil, then saya pakai BMW, then saya tukar ke Mercedes, start dengan C Class. 

 Conversation kami abis kat situ, dan dia mintak diri untuk pulang
Dan lepas 3 hari dia whatpps saya
Saya pon nak tahu juga, dia jadi beli atau tidak ,

Then ayat terakhir dia berbunyi,, 
“Bang, terimakasih for everything, dan saya tak jadi beli …”

Shaari Anuar II

Sunday, October 6, 2024

Pemegang lesen B2/B1 boleh semak kelayakan, mohon tukar ke B di Institut Memandu mulai hari ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 yang layak boleh membuat permohonan bagi mengikuti Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada LMM Kelas B di mana-mana Institut Memandu (IM) yang terpilih di seluruh Malaysia bermula hari ini, 1 Oktober 2024.


Ia adalah selaras dengan pengumuman Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkenaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 Kepada LMM Kelas B.


“Pemegang LMM Kelas B2/ B1 boleh membuat semakan syarat-syarat kelayakan bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada LMM Kelas B melalui aplikasi MyJPJ, portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my) atau berkunjung ke kaunter JPJ.


Pemegang lesen B2/B1 boleh semak kelayakan, mohon tukar ke B di Institut Memandu mulai hari ini


“Sekiranya layak, pemohon boleh hadir ke mana-mana IM yang terpilih di seluruh Malaysia yang menawarkan Lesen Memandu Motosikal Kelas B dan mendaftar untuk mengikuti program tersebut dan pemegang lesen hendaklah membuat pengesahan kendiri kesihatan tubuh badan/fizikal/minda semasa pendaftaran di IM,” kata JPJ menerusi kenyataan yang dikeluarkan.


Dalam masa yang sama, JPJ turut berkata, kadar siling fi kepada IM bagi ini adalah RM160. “Kadar fi ini adalah merangkumi pendaftaran dan insurans pelajar, kursus peralihan dan penyesuaian (dua Jam), fi perkhidmatan (termasuk sewaan kenderaan dan litar) dan fi ujian JPJ,” tambahnya lagi.


Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B adalah bertujuan untuk menaik taraf pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada Kelas B tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan tiada lagi permohonan baharu bagi mendapatkan LMM Kelas B1 di IM.


Pemegang lesen B2/B1 boleh semak kelayakan, mohon tukar ke B di Institut Memandu mulai hari ini


Syarat-syarat terbabit ialah individu yang telah memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan minima 10 tahun. Di mana syarat ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar. Selain itu, pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.


Syarat seterusnya ialah perlukan pengesahan sihat tubuh badan/fizikal/minda secara deklarasi kendiri oleh individu, menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian untuk kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di IM melibatkan program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pemanduan/pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh dua jam.


Sebelum ini, Loke turut berkata pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar dikeluarkan oleh Qualified Training Officer (QTO) di IM. “Pengesahan ini amat penting bagi memastikan tahap kompetensi dan keupayaan seseorang mengendalikan motosikal berkuasa besar demi meningkatkan tahap keselamatan pemanduan individu tersebut,” katanya.


Posted in Bahasa Malaysia, Berita Tempatan / By Izwaashura Sadali / October 1 2024 5:52 pm

Thursday, October 3, 2024

Proton Inspira Lancer

Inspira dilencana semula oleh Proton selepas lebih kurang 3-tahun Lancer GT masuk pasaran negara kifa secara rasmi.

Lancer GT masuk dengan menggunakan transmisi CVT, pada waktu itu agak kecoh jugalah dengan transmisi Lancer, ada yang kata CVT cepat panas, dan macam-macam lagilah, almaklumlah pada waktu itu kereta sama segmen dengan Lancer (segmen C) masih menggunakan transmisi automatik. Mungkin kerana marketing transmisi automatik atau memang CVT bermasalah, itu aku tak tahu sangat. Namun ada kawan aku yang guna Lancer GT tak pernah kena pun masalah CVT, termasuklah Lancer Sportback 2.4L. Elok sahaja walaupun masing-masing kaki lari belaka.

Jualan Lancer GT boleh dikatakan berjaya jugalah, ramai yang membelinya kerana nampak sporty dan boleh convert jadi Evo.

Lebih kurang 3 tahun selepas Lancer GT diperkenalkan di negara kita, Proton dapat lencana semula Lancer, nama diberi Proton Inspira.

Berbeza dengan Lancer yang datang dengan enjin 2.0L (tidak termasuk Lancer Sportback), Inspira datang dengan dua jenis enjin 1.8L 140 ps dan 2.0L 150 ps, dan yang best-nya, ada varian transmisi manual, tetapi untuk varian 1.8L sahaja.

Cukuplah walaupun 1.8L sahaja, pecutan pun sudah cukup kuat, 0-100 kmsj ambil masa 10 saat, kelajuan maksimum 202 kmsj.

Varian 1.8L manual merupakan Inspira yang paling kuat memecut dan mempunyai kelajuan maksimum paling laju.

0-100 kmsj Inpira 1.8L CVT, 11.4 saat, kelajuan maksimum 191 kmsj, Inspira 2.0L CVT pula, 10.5 saat dan 198 kmsj.

Kalau tanya kat aku, mana satu Inspira yang aku suka, sudah tentu aku akan jawab Inspira 1.8L manual, bukan sahaja merupakan Inspira paling power, tetapi dengan menggunakan transmisi manual, sudah tentu pemanduan akan lebih seronok.

Nak lebih pikap, boleh main nisbah gear, paling mudah, tukar nisbah gear final (final ratio) yang lebih besar dan kecilkan sedikit nisbah gear pertama supaya masa masuk gear kedua, rpm enjin tak turun banyak. Jika tak kisah dengan bunyi bising, tukar straight-cut gear. Tapi bunyi berdesing bising sangat nanti.

Aku pernah tarik pikap dengan Inspira 1.8L manual, bagi aku nisbah gearnya dibuat untuk keselesaan pemanduan dan penggunaan petrol yang ekonomi, bukan untuk main tarik pikap, jika suka tarik pikap bolehlah buat apa yang aku tulis di atas. Namun modalnya boleh tahan juga.

Nak layan tarik pikap dengan CVT, aku tak berapa minat sangat, memang tak syok. Transmisi CVT paling best bagi aku hanyalah CVT 8-kelajuan virtual pada Audi A4 B8 2.0L TFSI pacuan hadapan. Syok tetapi selepas itu Audi hentikan terus CVT kerana beberapa masalah yang kosnya perlu ditanggung Audi (di USA), kemudian digantikan dengan dwi klac dan automatik.

Spesifikasi:

1.8L Manual:
Enjin: 4B10 1.8L (1798 cc) 4-silinder DOHC 16-injap MIVEC.

Kuasa maksimum: 140 ps / 103 kW @ 6000 rpm.
Tork maksimum 177 Nm @ 4250 rpm.

Transmisi: CVT
Berat: 1300-1310 kg

0-100 kmsj: 10.0 saat.
Kelajuan maksimum: 202 kmsj.

1.8L CVT.
Enjin: 4B10 1.8L (1798 cc) 4-silinder DOHC 16-injap MIVEC.

Kuasa maksimum: 140 ps / 103 kW @ 6000 rpm.
Tork maksimum 177 Nm @ 4250 rpm.

Transmisi: CVT
Berat: 1325 kg.

0-100 kmsj: 11.4 saat.
Kelajuan maksimum: 191 kmsj.

2.0L CVT:

Enjin: 4B11 2.0L (1998 cc) 4-silinder DOHC 16-injap MIVEC.

Kuasa maksimum: 110 kW @ 6000 rpm.
Tork maksimum 197 Nm @ 4250 rpm.

Transmisi: 5MT.
Berat: 1335-1350 kg.

0-100 kmsj: 10.5 saat.
Kelajuan maksimum: 198 kmsj.