Berita yang tak suka didengar tapi itulah hakikat. Mitsubishi terus kuburkan pengeluaran EVO mereka dan membiarkan sahaja GR Corolla dan Civic Type R menguasai sisa sisa pasaran yang masih ada.
Nissan pun akan hentikan GT-R mereka dan fokus ke Fairlady Z.
Toyota pun dah tak sambung pengeluaran Supra setelah tamat usahasama dengan BMW.
Statistik mengunjurkan, generasi baharu tak minat kereta sports dan akhirnya menyumbang kepada kemerosotan jualan.
Impak paling dekat ialah sukan bermotor itu sendiri. Penganjur perlumbaan NASCAR pun kena letak patung patung palsu untuk bagi nampak 'banyak' penonton yang hadir.
Perlumbaan level amatur di USA , SCCA pun dah makin berkurang populariti.
Dengan zaman inflasi ini, motorsports satu sukan yang sangat mahal dan tak relevan dengan minat kebanyakkan orang.
Rata rata generasi zaman sekarang akan main game dan melancong . Statistik jualan game di Steam pun tinggi, game yang kita rasa mahal, sales berbillion di luar sana.
Satu lagi ialah travelling atau melancong. Sales dari tourism sentiasa tinggi dan jadi pendapatan utama.
Kembali ke sukan motorsports,kita ambil MCS, dah ada livestream percuma pun, viewership tak berapa banyak. Itupun dipenuhi dengan penonton dari Indonesia yang nak melihat pelumba mereka beraksi di litar Sepang.
Kalau kamera tu tunjuk seat di litar Sepang, kosong....seperti sebelumnya. Yang nak sponsor pun ngeri nak letak duit.
Motorsports ni ibarat bisnes yang mengharapkan kehadiran penonton. Bila aja penonton, baru datang penaja. Bila penaja tabur duit, baru pasukan lumba ada budget. Budget pasukan lumba akan ke :
> Supplier parts
> Gaji krew
> Gaji pemandu
> Upah media
Macam itulah kitraannya. Jika dah di peringkat penonton pun tiada, jadi agak payah pasukan nak bertanding.
Kalau di peringkat global pun dah tiada minat, lama lama sukan ini akan pupus.
Tengok chart figure sales kereta pun dah boleh agak.
No comments:
Post a Comment