Sunday, October 5, 2025

Bila Last Bersihkan O2 Sensor?

Bila last korang bersihkan O2 sensor? Kalau tak ingat, besar kemungkinan sensor tu dah penuh dengan jelaga hitam, tu yang kereta pun rasa macam tak cukup power.

Sensor ni duduk kat saluran ekzos, jadi tiap kali enjin jalan, asap akan lalu situ. Bila karbon terkumpul lama sangat, sensor pun dah tak boleh baca betul-betul. Enjin rasa berat, nak naik bukit pun semput.

Kalau O2 sensor dah mula hantar bacaan kelaut, sistem pun confuse. Minyak pun dibakar lebih dari sepatutnya. Itu yang korang rasa minyak cepat habis walaupun jalan dekat je. Bila isi full tank rasa tak cukup seminggu 😂

Waktu paling elok cuci sensor ni bila korang rasa kereta dah mula kuat makan minyak, atau bila ada getar pelik masa idle. Tapi jangan tunggu semua tu jadi baru nak bertindak, boleh cuci ikut jadual servis pun elok.

Nak cuci O2 sensor tak boleh main redah je. Elakkan guna cecair yang ada silikon, wax, atau bahan keras lain. Benda ni boleh tinggal lapisan kat sensor tu, makin teruk bacaan dia lepas tu.

Guna pembersih khas yang memang untuk O2 sensor, atau pembersih throttle body yang selamat untuk sensor. Spray kat hujung sensor, biar sekejap, pastu lap perlahan guna kain bersih. Jangan sentuh bahagian sensor tu dengan tangan terus.

Jangan cuba cuci sensor masa enjin panas. Sensor tu boleh jadi sangat panas, bukan setakat melecuh, boleh melekat kulit terus. Biar kereta sejuk betul-betul dulu baru buka.

Kalau korang buka sensor tu tengok hitam sangat, keras dan tebal, tu tanda dia dah lama sangat tak dicuci. Kadang sensor jenis lama memang tak boleh nak pulih balik, masa tu memang kena tukar.

Kalau dah cuci tapi enjin masih semput atau minyak tetap laju habis, sensor mungkin dah haus. Tapi sekurangnya korang dah cuba cuci dulu, jimat kos sebelum tukar baru.

Benda kecil macam ni nampak macam tak penting, tapi kesan dia satu kereta boleh terasa. Lagi cepat korang jaga, lagi banyak boleh jimat nanti. Jangan tunggu sampai kena tolak kereta tepi jalan baru menyesal.

No comments:

Post a Comment