Saturday, June 29, 2024

SCRUT for the TRUTH

MENJAWAB BRO WONG - HONG LEE AUTO

Uncle mendapat banyak soalan tentang beberapa dakwaan dalam video Bro Wong yang pada Uncle cuba secara halus untuk mempertikaikan maklumat dan data daripada SCRUT. Ya, sudah pasti dia tak berani nak “head-to-head” dengan SCRUT. 

Maka, ayat-ayat “masking” seperti “sokong SCRUT”, “SCRUT bagus” dan “SCRUT ok” akan disebut dahulu. Namun dia akan di-TAPI-kan kononnya data tak tepatlah, itulah inilah. SCRUT bagus, TAPI.. Bla bla bla.. Padahal semua itu Uncle dah terangkan.

Takpa, sebelum Uncle nak mula menjawab, Bro Wong ini pun tauke “usedcar” atau penjual kereta terpakai juga. Jadi, dia memang berniaga jual beli kereta terpakai lah kan. Dia termasuklah dalam kaum penjual kereta. 

Selama SCRUT takda, dia senang bual. Orang mungkin percaya setiap kata-kata dia. Bila ada SCRUT orang boleh “cross check or reference” dengan apa yang dia bual. Mungkin sebab itu dia sampai kena buat video nak cerita pasal SCRUT pula.

Sebelum ini, Bro Wong ini ada buat 1 video yang tular baru-baru ini. Setelah Uncle tonton, Uncle rasa ia hanyalah video pemasaran (marketing) yang dipentaskan (staged) kerana jurukamera dah ikut siap-siap. Bak kata budak-budak BBNU, ini semua “content”.

Dalam masa yang sama, wajah mangsa juga ditutup. Sepatutnya wajah mangsa tak pelu ditutup. Wajah mangsa nak tutup buat apa? Dia nak lawan. Kena ke depanlah. Kenapa nak malu kan? Bukan dia yang menipu orang. 

Tengok mangsa-mangsa dalam video SCRUT, semuanya takda masalah nak ke depan dan tunjukkan identiti mereka. Buat apa diorang nak menyorok. Diorang tak buat salah. Betul tak? Itu baru “real”!

Tapi, Uncle bagi “benefit of the doubt” dengan meminta pasukan SCRUT untuk menghubungi Bro Wong untuk bekerjasama tolong akak itu apa yang boleh, itu pun disebabkan ramai orang tag SCRUT di mana saja video itu disebarkan. Uncle rasa eloklah SCRUT cuba tolong.

Malangnya Bro Wong tidak bagi kerjasmaa dengan baik. Alasan dia pada Uncle kelakar. Tapi, takpalah. Jadi apa kesudahan kes tersebut? Uncle tak tahu sebab Bro Wong tidak bagi kerjasama kepada pasukan SCRUT. Kalau ikutkan Uncle, nak SCRUT kereta tu dulu. 

Kemudian bawa buat pemeriksaan Sii (SCRUT integrity inspection) di Scrut Auto untuk kepastian. Kemudian, kami akan tunjuk ajar (guide) dia bagaimana buat tuntutan di tribunal. 

Maklumlah, tribunal dah boleh tuntut sehingga RM50,000. Malangnya, Bro Wong dilihat memberi alasan yang pada Uncle yang tidak menunjukkan minat untuk bekerja sama membantu akak itu.

Tetapi apabila Bro Wong memuji muja Che Din Kan Ada (CDKA), terus Uncle rasa dia ni sesuatu sangat. Hujah dia apa? Orang yang terkenal takkan buat hal. Korang boleh terima? Berul ke CDKA 100% “clean”? Wallahu’alam..

Walhal, betapa ramai orang yang terkenal buat hal. Nak contoh? Ebit Lew dan PU Azman. Nak contoh lagi? Cukuplah kot. Mungkin korang boleh jengok jiran Uncle, PW Community sana tu. Ramai orang terkenal dilondehkan.

Tapi kalau korang terima hujah macam tu. Oklah. Korang bolehlah “beriman” dengan mereka-mereka yang terkenal dan popular di layar digital dengan hujah dan dalil Bro Wong pakai.

Korang ingat lagi masa CDKA buat siaran langsung (live) tempoh hari. Dia merepek-repek dalam live tempoh hari. Dia beriya-iya mengecam SCRUT. Ohya, anak dan bini dia juga masuk ke gelanggang SCRUT untuk mengecam kami.

Untuk Uncle yang dididik dengan #MindaSkeptikal oleh Bos Uncle, Uncle tidak boleh terima. Dalam masa yang sama kenyataan-kenyataan Bro Wong juga menyebabkan Uncle rasa sesuatu sangat.

1. Bro Wong kata dia tak jual kereta kemalangan. Tapi dia tunjuk dia ada kereta kemalangan yang kononnya, data SCRUT tidak ada. 

Agak kontradik apa yang dia cuba sampaikan. Pada pandangan Uncle, dia cuba mendoktrinkan penonton yang dia ialah seorang penjual yang jujur. Kalau dah data SCRUT tak keluar, diam-diam jela. Kenapa nak kasitau?

Dalam masa yang sama dia cuba mencucuk jarum kepada penonton yang data SCRUT ada tidak tepat. Kenapa Uncle cakap macam tu?

Kalau betul lah kereta itu ada kemalangan yang serius, tapi data kemalangan SCRUT tidak ada, kenapa dia nak “cover” nombor plat kereta tersebut. Sepatutnya kasi “open” saja. Macam mana orang nak sahkan (verify) dan nak buat perbandingan?

Betul tak? Dia boleh saja bagi nombor plat atau chasis kereta-kereta lain. Dia pun tak tunjuk kesan kemalangan macam mana. Jadi, lebih kepada sembang kosong pada Uncle.

Tapi, kalau sekadar kemalangan ringan yang tak perlu “claim” insurans, dah kenapa nak riuh lagi kan? Logiklah orang tak claim. Yang tak logik kalau kena kemalangan serius, tapi taknak “claim” insurans. 

2. Bro Wong kata jangan percaya data SCRUT 100%. Buat “reference” sahaja.

Uncle setuju. Ya, SCRUT tak maasum. Yang sempurna hanya Allah. Jadi, Uncle nak tanya, kalau jangan percaya SCRUT 100% mungkin 50% sahaja, maksudnya lagi kita jangan percaya Bro Wong juga. Sebab Bro Wong ialah kaum penjual kereta terpakai juga. Jadi, nak percaya Bro Wing 25%?

Kita semua dah maklum dan maaruf yang industri ini telah rosak dikerjakan kaum penjual penipu ini sejak berkurun lama. Pusing meter, tipu kondisi dan sembang “tip top condition accident free” tapi sebenarnya kereta “total loss”, kereta banjir dan kereta barai.

Manakala SCRUT pula lahir untuk menghancurkan penipuan dan kebejatan dalam industri ini. Jadi, terpulanglah. Nak percaya SCRUT, atau nak percaya puak penjual ini. Terserah korang.

3. Bro Wong cerita pasal orang “claim” insurans walaupun kemalangan ringan.

Pandangan Uncle mudah je. SCRUT kasitau semua yang ada. Takda sorok-sorok. Dan pihak penjual pun boleh beli laporan tersebut dan boleh bersedia untuk menjawab. 

Akhirnya, jual beli ini adalah “willing seller willing buyer” polisi. Yang penting, dah kasitau segalanya. Betul tak? Kalau dulu kita rakyat marhaen ada peluang dan ruang seperti ini tak untuk bernegosiasi dengan penjual? Terpaksa percaya walaupun berat dalam hati kata kena scam. Betul?

Jadi, kalau benarlah Bro Wong ialah seorang penjual yang jujur, tak perlu rasa goyang atau menggigil (macam Amir) dengan kehadiran SCRUT dalam industri kereta terpakai. Kita boleh “complement each other”. 

Jangan jadi macam idola Bro Wong, iaitu CDKA yang menggelabah lebih tu. Kalau kita jual kereta secara jujur, apa masalah? Nak takut apa dengan SCRUT? Nak risau apa dengan SCRUT?

Kereta “high mileage” jual harga kereta “high mileage”. Kereta “low mileage” jual harga kereta “low mileage”. Kereta kemalangan, jual harga kereta kemalangan. Kereta “accident free” jual harga kereta “accident free”. 

Apa pun, selepas Uncle jawab ni terpulanglah. Siapa nak percaya Bro Wong, dia boleh kekal percaya. Siapa nak percaya SCRUT sangat dialu-alukan. Bos Uncle selalu ulang kata-kata keramat ini kepda semua pekerja SCRUT..

“SCRUT ini lahir daripada roh marhaen yang selama ini ditindas, dipijak, dan ditipu oleh kapitalis jahat. SCRUT telah menolak banyak tawaran yang mengiurkan kerana SCRUT telah buat keputusan untuk hidup dan mati bersama-sama masyarakat selama-lamanya. Siapa khianat, hidupnya pasti terlaknat!”

SCRUT for the TRUTH!

Get SCRUT before WE get SCREWED!


No comments:

Post a Comment