Saturday, March 29, 2025

Raya 2025 Trip to East Coat


1. Major Services
- Timing Belt, Brand Gadio -2 years warranty or 100,000km which ever come first
- water pump 
- Tensioner 
Note: Spark Plug leceh sikit nak buat, next time

Total Damage: RM750

2. On-Wheel Maintenance 


Note: Arm & Lower Arm still belum tukar

Total Damage: RM 334

3. Alignment & Balancing


Note: Steering rack ada freeplay 

Total damage: RM 60

4. Washing

Total Damage: RM15

5. Tinted Replacement 

Nano UV HD + Black UV
- Front Mirror, Nank UV HD, 70%
- Front door, Black UV 80%
- Back Door, Black UV 100%
- Rear Mirror, Black UV 100%


Total Damage: RM250 (RM100 ceramic +RM150 black uv)

6. Cushion Replacement 

Saturday, February 1, 2025

Understanding Different Types of Car Transmissions

🚗 

Choosing the right transmission can make a huge difference in your driving experience. Here’s a quick breakdown of the various types:

1️⃣ Manual Transmission
Drivers shift gears manually using a clutch pedal and gear stick. The clutch disengages the engine, allowing smooth gear changes. Perfect for those who love full control over their vehicle!

2️⃣ Automatic Transmission
This system changes gears automatically, offering a hassle-free driving experience. It uses a torque converter to adjust the engine’s RPM, transmitting power seamlessly to the wheels.

3️⃣ Continuously Variable Transmission (CVT)
A CVT has no gears! Instead, it uses belts and pulleys controlled by sensors and an onboard computer, ensuring smooth and efficient driving.

4️⃣ Dual Clutch Transmission (DCT)
Also known as DSG, this system uses two clutches to handle odd and even gears separately. It minimizes power loss and provides quicker, smoother gear shifts.

5️⃣ Sequential Manual Transmission
This type allows drivers to shift gears in sequence (up or down) using paddles or a shifter. It’s commonly found in race cars for its speed and precision.

6️⃣ Automated Manual Transmission (AMT)
AMT combines manual transmission mechanics with automation, using an ECU and actuators to handle gear changes, making it user-friendly yet efficient.

Proton e.Mas 7 EV

Disebabkan ada brader yang tanya aku berapa kos penuh pemilikan Proton e.Mas 7 untuk sebulan, maka aku pun tolonglah kirakan. Disclaimer. Segala kiraan di bawah adalah anggaran sahaja. Kiraan ini adalah sebagai panduan. Jangan mudah terpengaruh. Ok, jom start kira.

***
1. Harga Kereta (Kita ambik varian paling mahal terus)

Varian Premium: RM123,800

2. Ansuran Bulanan

Andaikan kau bayar deposit 10% dan ambil pinjaman 9 tahun dengan kadar faedah 3%.

Loan = RM123,800 - RM12,380 (deposit 10%)

Jumlah pinjaman = RM111,420

Bayaran bulanan (9 tahun, 3%) ≈ RM1,180/bulan

3. Kos Elektrik (Charging)

Proton e.MAS 7 Premium guna bateri 70.1 kWh dengan jarak perjalanan sekitar 450km satu cas penuh. Jom kira kos elektrik kalau travel 1,500km sebulan.

***
1,500km / 450km = 3.33 kali cas penuh sebulan

1 cas penuh = 70.1 kWh

Total guna tenaga = 3.33 × 70.1 kWh = 233.4 kWh

***
Kos Elektrik (Guna Caj di Rumah - TNB Tariff)

Tarif elektrik rumah anggaran RM0.57/kWh

233.4 kWh × RM0.57 = RM133.04/sebulan

***
Kos Elektrik (Guna Public DC Fast Charger - Lebih Mahal)

Anggaran RM1.20/kWh

233.4 kWh × RM1.20 = RM280/sebulan

***
So, kalau cas kat rumah, kos sekitar RM130 sebulan. Kalau selalu guna DC fast charger, boleh cecah RM280 atau lebih!

4. Kos Maintenance & Wear and Tear

EV tak banyak komponen bergerak macam enjin petrol, so kos servis lebih rendah, tapi masih ada wear and tear.

Jaminan bateri & motor: 8 tahun / 160,000 km

Kos servis tahunan: RM250 atau lebih kurang RM21 sebulan (info dari Pro-Net)

Tayar: RM800 sebiji. Tapi biasanya 2-3 tahun sekali baru tukar. So kos bulanan dalam RM90.

Brek pad: RM500 - RM800 sepasang (EV guna regenerative braking, so tahan lebih lama). So kos bulanan lebih kurang RM70 (aku kira ikut kos paling mahal).

5. Insurans & Cukai Jalan

Insurans: RM2,000 - RM2,500 setahun (ikut NCD & coverage)

Cukai Jalan: FREE untuk EV sekarang! 

***
Total Kos Bulanan (Anggaran)

A. Ansuran: RM1,180
B. Charging (Rumah): RM130
C. Maintenance (bulanan): RM181
D. Insurans (bulanan): RM210

Kos Bulanan (Anggaran kasar) = RM1,701.00
***

So macam mana? Adakah kos bulanan yang aku kira ni sesuai dengan keadaan poket kau sekarang? Ada yang kata nak ambik kereta, kos bulanan jangan lebih 30% daripada gaji dan ada yang kata ambik kereta yang harganya sama jumlah gaji kau setahun.

Apa apa pun, buatlah pilihan yang bijak dan tak menyusahkan diri kau. Aku tolong kira je ni. Rasa tak kena dengan selera kau, ubahlah. Tadehal.

Monday, January 27, 2025

Proton S70

Baru baru ni aku ada baca satu post di mana dalam post tu bagitau, Proton S70 menjadi kereta sedan segmen C yang paling laku pada tahun 2024.

Kalau disebabkan kejayaan Proton S70 ni, mungkin kau berminat nak beli S70 ni, jadi aku dah buat kiraan yang mungkin boleh bantu kau buat keputusan nak beli kereta ni atau tak mengikut kemampuan kau.

Ni aku kira untuk Proton S70 Flagship tau.

So, pertama sekali, kalau harga kereta ni RM89,800, kita assume kau buat pinjaman 90% selama 9 tahun dengan kadar faedah 3%. Ansuran bulanan dia lebih kurang RM880 ke RM900. Itu komitmen paling besar setiap bulan yang kau kena bayar.

Lepas tu, kita tengok kos road tax lak. Untuk enjin 1.5L, road tax setahun cuma RM90. Jadi, kalau nak bahagi ikut bulan, kau cuma kena bayar RM7.50 je.

Takaful kereta pula, anggarannya lebih kurang RM1,870 setahun. Bila kita bahagi, setiap bulan lebih kurang RM155.83. Ni tak ambil kira NCD tau.

Bab servis pula, Proton biasanya bagi servis percuma untuk 3 kali servis awal. Lepas tu, kos servis bergantung pada jarak perjalanan korang. Tapi anggaran biasa untuk setiap 10,000 km adalah dalam RM300 ke RM400. Kalau kita pecahkan ikut bulan, kos dia lebih kurang RM100.

Wear and tear pun kena ambil kira. Tayar, brek, bateri – semua ni kena ganti bila dah sampai masanya. Anggaran bulanan untuk benda ni lebih kurang RM50 ke RM100. Tak besar, tapi tetap kena standby bajet.

Last sekali, kos minyak. Proton S70 ni purata penggunaan minyak dia ialah 15km/l. So kalau kau guna RON95 dan jarak perjalanan sebulan kau berjumlah 1,500km, kos minyak kau lebih kurang RM205 sebulan.

So, kalau kita jumlahkan semua ni:
Ansuran bulanan RM880 + road tax RM7.50 + takaful RM155.83 + servis RM100 + wear and tear RM50 + minyak RM205. Total dia lebih kurang RM1,398.33 sebulan yang kau kena standby. Cukup tak duit tu?

So, sebelum kau buat keputusan nak beli, pastikan bajet bulanan kau cukup untuk semua kos ni. Ingat, beli kereta bukan sekadar bayar ansuran je. Ada banyak lagi kos lain yang kena fikir. 

Kalau rasa mampu, angkat. Tapi kalau rasa sesak nak angkat, better kau fikir balik. Jangan sampai nak makan pun meminjam duit kawan.

Saturday, December 28, 2024

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama ✅

Kami kongsikan perkara-perkara penting untuk anda yang ingin menjaga kereta supaya tahan lama dan susah untuk rosak terutama apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka di tempat-tempat yang susah untuk dapatkan bengkel kereta. Penting untuk pengguna kereta mengetahui serba sedikit bahagian penting kereta supaya senang untuk buat service berkala terutama kereta yang sudah diluar tempoh warranty.

1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km

3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.

4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.

5. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

6. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali. Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km.

7. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

8. RADIATOR COOLANT
Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih

9. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

10. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

11 PERLU ADA SATU PENGIMBAS /SCAN KEROSAKAN KERETA. 
THINKCAR THINKSAFE ( https://s.shopee.com.my/3fnYjoEtXh ) ialah pengimbas kereta paling kos efektif pada tahun 2024, sesuai untuk DIY, pemilik kereta dan bengkel. Kaedah diagnostik bluetooth baharu lebih selaras dengan trend popular. Selepas dimasukkan ke dalam soket diagnostik kereta, Thinksafe VCI boleh berkomunikasi secara wayarles dengan telefon pintar atau tablet melalui bluetooth, supaya kereta itu boleh didiagnosis pada telefon pintar atau tablet. Mudah mengetauhi adakah masalah aircond, waterpump dll. Kereta yang banyak sensor wajib ada scan ini untuk mengelak tukar barang berganda. 

Maintenance Schedule 👌

Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang. Itulah serba sedikit berkenaan dengan Tip Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama yang perlu anda ketahui supaya kereta anda sentiasa berada didalam keadaan baik.

Dijamin harga terendah