Saturday, November 30, 2024
Monday, November 11, 2024
Berapa lama nak cas kereta EV?
EV - Memahami charger kat rumah
---
Rumah teres biasanya guna Single Phase jadi kuasa maksima charger BYD ialah 7kW selama sejam ( 240v / Malaysia )
Anggaran untuk BYD Atto 3 , ia akan ambil masa 8 jam 23 minit untuk fully charge.
Atau jika charge sejam guna charge 7kW, ia akan memberi mileage sekitar 48km
Kalau Long Range Tesla, ia perlukan sekitar 12 jam.
Kalau nak charging speed laju, kenalah cari port Tesla Supercharger, tapi harga per kilowatt jadi mahal.
BYD Atto 3 mempunyai range sekitar 480km, jadi dalam seminggu, berapa kali aja pun nak kena charge.
Kalau rumah teres dah ada battery simpan power dari Solar Panel, lagilaa untung.
Kalau nak charge lagi laju, kena ubah ke sistem 3 phase.
Berapa kos charging full Tesla / BYD kat rumah ? Itu kena ambil data kat bil TNB
Saturday, November 9, 2024
Kenapa kereta modify tiada harga?
Saya lepak reddit pasal automotive. Nak tahu jugak bagaimana pandangan orang di luar sana terhadap kereta yang telah diubahsuai.
Contohnya, RX-7 diubahsuai letak enjin K24 turbo atau RX-8 yang dah dimasukkan K20
Terus......tiada harga langsung rupanya. Maksudnya, kalau RX-8 itu kekal dengan enjin 13B, ia lagi senang dijual.
Sebabnya , firewall RX-8 kena potong dan masalah gegar driveshaft yang selalu melanda kereta yang diconvert.
Kalau dunia kereta sekenhen pulak, ramai yang nak trade in FK8 dengan dealer untuk beli FL5.
Dan berdasarkan saya perhatikan di grup Type R, mereka akan kembali ke stock kilang. ECU asal dipasang balik, resit servis di SC disimpan dengan rapi, rim asal 20 inci pun dipasang balik. Adjustable dibuka, pasang balik yang asal.
Ikut lojik, dah habis duit masuk Hondata, masuk pulak aftermarket adjustable suspension, lowered cecah lantai,GT wing aftermarket.....patutnya senanglah nak jual kan ? Ohh tidak, kalau boleh diorang takmo beritahu pun FK8 tu pernah dimodifikasi. Lagi keadaannya stock kilang, lagi mudah nak dijual.
Barulah dealer setuju ambil harga tinggi dan mereka berjaya memiliki FL5.
Budaya di luar sana jenis tak percaya terhadap modifikasi dan akhirnya menyebabkan kereta yang diubahsuai tiada harga langsung.
Ambil contoh Honda FD saya. Saya rojakkan masuk K24 dari Accord dan mekanik akan 'rojak' wiring ...kalau di luar sana, kereta saya level tak laku langsung, sebab dah bukan stock kilang.
Kalau ikut lojik, saya penat penat convert ke K24, sepatutnya mudahlah nak jual di harga 80k siap dengan jajan , kan ? Yang membeli cuci tangan aja, tak perlu pening kepala.
Senario di atas hanya berlaku di Malaysia sahaja, di mana FD1 convert K20A FD2R dijual pada 95k dan FD2R ori dijual pada 105k, 10k aja bezanya :D
Tapi artikel ini ditujukan kepada generasi baharu yang minat kereta.
Kereta lama makin hilang harga ( di negara luar sana )
- sokongan warranty dah tiada
- kilang dah tak keluarkan parts
- kelesuan besi
- kos nak upkeep yang tinggi
- rate mekanik per hour sangat tinggi, kerajaan mereka amat melindungi hak mereka, rata rata yang bukak bengkel ni agak mewah sebenarnya
Berbalik ke topik asal, peminat kereta di negara luar agak kritikal dalam pemikiran mereka. Saya follow kisah satu RX-7 convert ke K24 , akhirnya kos jadi lagi tinggi sebab bengkel asal buat kerja tak cantik. Dan kena buat balik mounting. Baik beli RX-7 dengan enjin asal 13B, taklah pening kepala nak cari punca gegar.
Sesama mereka, bengkel kutuk bengkel tu perkara normal. Kutuk level kaw kaw punya. Maksudnya, mekanik mereka memperlekehkan mekanik lain tu macam budaya mereka. Dahsyat betul.
---
Agak susah nak apply kat sini, sebab gaya pemikiran penduduk negara maju agak berbeza ( critical thinking )
Konsep owner asal transfer kos modifikasi ke owner baharu dengan alasan jekpot atau cuci kaki, dan owner lama dapat pulak balik modal modifikasi ( sungguh tak lojik akal )
Subscribe to:
Posts (Atom)