Thursday, August 22, 2024

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama ✅

Kami kongsikan perkara-perkara penting untuk anda yang ingin menjaga kereta supaya tahan lama dan susah untuk rosak terutama apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka di tempat-tempat yang susah untuk dapatkan bengkel kereta. Penting untuk pengguna kereta mengetahui serba sedikit bahagian penting kereta supaya senang untuk buat service berkala terutama kereta yang sudah diluar tempoh warranty.

1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km

3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.

4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.

5. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

6. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali. Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km.

7. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

8. RADIATOR COOLANT
Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih

9. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

10. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

Maintenance Schedule 👌

Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang. Itulah serba sedikit berkenaan dengan Tip Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama yang perlu anda ketahui supaya kereta anda sentiasa berada didalam keadaan baik.

Thursday, August 15, 2024

Preve Radiator Fan Makan Modal mensyal


Seingat aku baru lagi tukar radiator fan 2-3 tahun lepas, yang first model punya fan brand Bosch tahan dekat 11tahun baru kaput. Ingatkan radiator fan kaput, rupanya sensor masa tu tapi dah tukar fan terpaksa la hadap, lepas tukar radiator fan baru sensor kaput. Seketul sensor relay kecik tu harga rm45 mahal namatey, dua biji dah rm90. 

Ni brand APM.

Ni barang lama, brand OEM.

Harga display RM 500, kalo pegi sparepart dapat la murah sikit.


Tuesday, August 13, 2024

episod menseyal



Baru lepas buat fuel pump, tetiba je overheat. Nasib baik baru keluar tepi jalan, sempat kekiri. Wife jenikut, anak² tak ikut lega la kalo tak kesian kat semua.
Tunggu sejuk try ketuk² motor radiator fan baru jalan, padahal radiator fan baru je tukar 2-3 tahun lepas brand OEM.

Ingatkan dah ok, rupanya the next day right after hantar kids to school terus kena balik. Ketuk² baru jalan radiator fan, memang menseyal la time² berapa kali dok kena belanja kasar makan modal betul maintenance kereta Malaysia ni. Sepatutnya plan nak buat benda lain benda lain yang buat hal dulu ajer ghampang.

Bila off engine motor radiator fan running, bila on (tak start) radiator fan tak running


Benda ni pulak report, mujur ni soket je bukan connect dengan lobang angin. Rupanya ni soket je tak connect dengan lubang angin.