Friday, September 2, 2016

JADILAH PENGGUNA KERETA YANG BIJAK


*:: ✋😃 jadilah pengguna bijak*

*Dengarlah nasihat pakar dan tenanglah walaupun anda dalam kepayahan..!*

*ANDA BOLEH MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN*

*B A W A*
*K E R E T A  A N D A*
*K E  B A L A I  P O L I S  D U L U*

*Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.*

*Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.*

*Jangan tandatangan..! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.*

*Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!*

*Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,*

*"Saya nak towing saje.."*

*Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.*

*Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.*

*Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.*

*Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.*

*Caranya..? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.*

*Contohlah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.*

*Sebab itulah longkai biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.*

*Dan lagi best, anda boleh claim 'lost of use' pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.*

*Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.*

*RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900*

*Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.*

*Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.*

*Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.*

*PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.*

*Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.*

*Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.*

*Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.*

*KEDUA! Hati-hati dengan longkai bila diaorang cakap,*

*"Hantar kat bengkel saya je lah..!"*

*Itu kencing je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu. Share artikel ini kalau berguna pada kawan lain..!*

*M E N G E L A K K A N*
*K E Z A L I M A N  S E M A S A*
*D A L A M  K E M A L A N G A N*

*:: ✋😃 bacalah doa naik kenderaan*

Saturday, June 11, 2016

BANTU MULA (JUMP-START) KETIKA KECEMASAN: APABILA BERASA RAGU, RUJUK BUKU PANDUAN PEMILIK PROTON

SUBANG JAYA, 9 Jun 2016 – PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) ingin menyangkal imej yang tersebar baru-baru ini di media sosial, yang mengesyorkan pengguna Proton untuk tidak melakukan sebarang tindakan bantu mula pada model-model Proton yang tertentu kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU). Kami ingin menegaskan bahawa semua kereta boleh melalui tindakan bantu mula.

Walau bagaimanapun, seperti OEM yang lain, kereta-kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa. Kami ingin memberi panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini dan untuk memberi jaminan kepada pemilik Proton bahawa penggunaan kabel bantu mula adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

Berikutan dengan ini, PROTON ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa prosedur yang betul untuk melakukan bantu mula kereta adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut. Apabila berasa ragu, selalulah merujuk kepada buku Panduan Pemilik Proton.

Langkah-langkah yang perlu diambil seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan apabila menggunakan kabel “jumper” yang disambungkan kepada bateri dari kenderaan lain, seperti:

1. Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel “jumper” boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrik (Unit Kawalan Transmisi, TCU).

2. Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri penggalak tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan, ini adalah untuk mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.

3.�� Gunakan hanya kabel “jumper” dengan pengapit bateri berpenebat.

4.�� Kenderaan mestilah berada dalam keadaan "P" (PARK) untuk transmisi automatik dan "N" (NEUTRAL) untuk transmisi manual.

5.�� Matikan pencucuhan pada kedua-dua kenderaan terlebih dahulu.

6.�� Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup.

7.�� Kabel “jumper” negatif (hitam) tidak boleh dikapitkan ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.

8.�� Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas. Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.

Untuk panduan yang lebih terperinci, pemilik kereta Proton dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan kenderaan mereka sebelum melakukan apa-apa bantu mula kecemasan kepada bateri. PROTON sentiasa memastikan kereta-keretanya dikeluarkan mengikut piawaian keselamatan yang tinggi dan tidak menjejaskan keselamatan pelanggan.

Untuk pemeriksaan lanjut dan penukaran bateri, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800 888 398 atau emel kepada customercare@proton.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

-Tamat-

Friday, February 12, 2016

Service Proton Preve

  1. Next Services 80K (major service) 
  2. Power window - driver n passenger - hari lain waktu services 
  3. Seat depan & belakang berbulu - hari lain waktu bekerja 
  4.  Yang dalam gambar - tak apply untuk variant exec (hanya untuk variant Turbo)
  5. Remap & reflash - dah include d
  6. Fius soket belakang - dah include 
  7. Bonet senget - cek waktu lain - warranty (warranty dah habis tak setel2 lagi, dorg suruh pergi Proton Shah Alam pulak)
  8. Break disc bunyi - kena buat kat Siang Hin 
  9. Check filter gear box - resit lama ada buat tak sblm ni  (Dah setel )
  10. Timing belt nak kena tukar - dalam RM 1000 kena standby (kiawak punya harga)