“Alex Yoong: Kenapa Sebenarnya Pelumba F1 Pertama Malaysia Tak Dapat Perform?”
Oleh: Azizul Farhan
Ramai yang ingat Formula 1 ni sukan elit. Hanya untuk mereka yang betul-betul berbakat dan dilatih sejak kecil. Jadi bila kita dengar ada orang Malaysia berjaya jejak grid F1, kita patut bangga.
Tapi bila sebut nama Alex Yoong, pelumba F1 pertama Malaysia, ramai akan terus teringat satu perkara, “Kenapa dia tak perform?”
Sebenarnya cerita Alex Yoong ni lebih rumit daripada sekadar “tak cukup laju”. Dalam dunia perlumbaan yang keras dan kejam, Alex Yoong bertarung dengan realiti, tekanan dan sistem yang tak berpihak pada pelumba kecil dari negara membangun.
Alex Yoong mula bina nama di litar-litar Asia sejak umur 16 tahun, menang beberapa perlumbaan saloon dan masuk ke Formula Asia. Dekat sini dia memang bagus. Tahun 1995 dia menang lapan perlumbaan dan hampir jadi juara. Lepas tu, dia naik ke Formula Renault, Formula 3, dan Formula 3000. Semua ni laluan biasa ke F1.
Tapi macam-macam masalah mula timbul. Kereta perlahan, tajaan sangkut, ayah terpaksa berhutang semua ni menjejaskan momentum dia.
Tahun 2001, dia dapat peluang keemasan iaitu satu kerusi dalam pasukan Minardi F1. Tapi ada satu syarat, bawa duit sendiri.
Malaysia pun sponsor melalui Magnum Corporation. Lebih kurang USD 5 juta dibayar. Tapi duit saja tak cukup nak bersaing dengan dunia F1 yang ganas.
Masalah mula timbul sejak dari awal. Minardi memang pasukan paling miskin dalam F1 masa tu. Tak cukup alat ganti, tak cukup sesi latihan dan kereta memang slow.
Alex hanya diberi dua hari sahaja untuk uji kereta sepanjang musim. Bandingkan dengan pelumba pasukan kaya yang uji kereta tiap minggu.
Jadi, bila dia masuk Grand Prix, dia bagaikan dihumban ke dalam kolam tanpa tahu berenang.
Tiga perlumbaan pertama dia masa 2001 semua dia start last. Bezanya dengan teammate dia Fernando Alonso kadang-kadang sampai dua saat lebih perlahan. Tapi patut ke kita salahkan dia semata-mata?
Masuk musim 2002, Alex kekal dengan Minardi. Kali ni dia dapat teammate baru iaitu Mark Webber, rookie dari Australia.
Dalam GP pertama kat Melbourne, Alex buat yang terbaik dapat tempat ketujuh.
Walaupun dia tak dapat mata (kerana hanya tempat pertama hingga keenam dapat mata pada era tersebut), tempat ke-7 itu tetap merupakan antara pencapaian lebih baik dalam kerjayanya bersama pasukan Minardi yang memang terkenal sebagai pasukan underdog.
Tapi Webber lagi bagus, dapat tempat kelima dan dapat mata.
Tapi nak tahu apa yang sebenarnya berlaku? Perlumbaan tu chaos gila.
Bermula je race, berlaku insiden besar-besaran kat pusingan pertama. Sebuah kemalangan melibatkan lapan buah kereta! Rubens Barrichello (Ferrari) dan Ralf Schumacher (BMW Williams) antara yang terlibat dan terus DNF (did not finish). Kemudian sepanjang perlumbaan, satu persatu kereta besar lain macam Jenson Button, Nick Heidfeld dan Olivier Panis pun mengalami masalah teknikal dan terpaksa bersara awal.
Dan masa ni lah kereta Minardi yang slow tapi steady terus naik ranking perlahan-lahan. Webber dan Yoong dua-dua berjaya elak segala kekecohan dan berjaya bawa kereta sampai ke garisan penamat.
Dalam Grand Prix Malaysia 2002 di Litar Sepang, Alex Yoong tidak menamatkan perlumbaan disebabkan masalah gearbox.
Perlumbaan itu adalah pusingan kedua musim 2002 dan ia merupakan home race bagi Alex Yoong sebagai satu-satunya pelumba Malaysia dalam Formula 1 pada masa itu.
Untuk rekod, teammate beliau, Mark Webber juga tidak menamatkan perlumbaan (DNF) dalam GP Malaysia 2002 itu.
Selepas tu prestasi Alex merosot balik. Dia gagal layak beberapa kali termasuk di San Marino, Jerman dan Silverstone. Minardi terpaksa “cuti-kan” dia sekejap sebab prestasi terlalu jauh ke belakang.
Ramai kata, “Kalau dah lemah, kenapa masih dalam F1?” Tapi realitinya, dia tak pernah diberi peluang sama rata.
Dia tak ada akses kepada latihan secukupnya, tak ada alat bantuan macam power steering yang diberi kepada Webber dan paling teruk kereta Minardi masa tu macam naik Kancil lawan Lamborghini.
Bila musim tamat, Alex Yoong dikeluarkan dari pasukan. Total daripada 18 perlumbaan, cuma 6 yang dia berjaya habiskan. Tak ada podium, tak ada mata dan imej dia sebagai pelumba F1 dah rosak teruk. Orang Malaysia gelakkan dia, dan dunia antarabangsa cop dia sebagai “pay driver” yang gagal.
Tapi itu bukan penamat cerita dia.
Lepas keluar dari F1, Alex pergi ke Amerika dan Australia. Dia lawan dalam A1GP, V8 Supercars, Porsche Carrera Cup dan akhirnya temui rentak dalam Audi R8 LMS Cup dimana dia menang kejuaraan tiga tahun berturut-turut (2014–2016).
Dia juga bantu bangunkan sukan permotoran di Malaysia dan jadi pengulas F1 untuk TV.
Dalam satu temubual, dia akui yang “F1 sebenarnya merosakkan kerjaya saya. Bukan sebab saya tak berbakat, tapi sebab saya masuk terlalu awal, dalam pasukan yang tak mampu, dan tiada sistem sokongan.”
Lebih pedih, dia kata impian ke F1 tu turut membunuh industri permotoran Malaysia sendiri. Bila impian besar tak berjaya, seluruh ekosistem jadi skeptikal dimana penaja takut nak taja, rakyat hilang minat dan F1 terus kekal mimpi jauh buat pelumba tempatan.
Jadi, adakah Alex Yoong gagal? Dari segi keputusan F1, ya tapi bukan sebab dia tak bagus. Dia cuma masuk ke dunia yang tak adil, pada masa yang salah, dalam kereta yang tak kompetitif.
Dalam dunia sukan elit macam F1, bakat saja tak cukup. Kau kena ada duit, sokongan teknikal dan peluang sebenar untuk bersaing.
Dan Malaysia, masa tu, belum bersedia.
Sekarang kita ada ramai bakat muda Malaysia di F3 dan junior series. Tapi kalau kita tak belajar dari pengalaman Alex Yoong, sejarah akan ulang balik.
Kita bukan tak ada pelumba berbakat. Kita cuma perlukan sistem yang percaya dan sokong mereka, bukan biar mereka bergelut sorang-sorang dalam kapal bocor.
Kerana dalam F1, satu saat boleh tentukan antara juara dan bahan lawak. Dan Alex Yoong, malangnya, jatuh dalam kategori kedua. Bukan sebab dia lemah, tapi sebab sistem tak pernah beri dia peluang adil.
No comments:
Post a Comment