Sunday, October 5, 2025

Sensor Penting dan Kesannya kepada Kereta

Enjin rasa berat, semput, idle pulak kejap tinggi kejap rendah? Jangan buat tak tahu ⚠️

Kereta sekarang semua pakai sensor, macam deria untuk ECU (otak enjin). Kalau data betul → enjin smooth & jimat. Kalau data lari sikit je → ECU salah kira → enjin jadi berat, semput, tak stabil.

Sensor penting & kesannya:

Sensor Suhu Enjin (ECT): Kawal kipas. Kalau bacaan tipu → kipas lambat hidup → enjin boleh overheat tiba-tiba.

Sensor Throttle (TPS/APP): Baca pedal minyak. Rosak → tekan minyak rasa lembap, pijak habis pun enjin macam malas.

Sensor Oksigen (O2/Lambda): Imbang minyak–udara. Kalau fail → minyak jadi kuat makan, asap keluar banyak, ramai ingat plug rosak padahal bukan.

Sensor MAF: Kira udara masuk. Kalau kotor → campuran lari → idle bergegar, enjin semput.

Kenapa susah nak detect?
Tak semua sensor rosak bagi warning light. Kadang cuma rasa kereta berat, minyak cepat habis, performance drop. Nak confirm memang kena scan OBD & tengok live data.

Tip DIY (senang & selamat):

Sensor MAF boleh cuci guna MAF cleaner.

Pastikan enjin sejuk dulu. Kalau cabut bateri, hati-hati. Jangan sentuh part halus, jangan sekali-kali guna carb cleaner atau brake cleaner.

Punca biasa sensor lari bacaan:
Haba, getaran, habuk/minyak melekat, soket longgar/karat, wayar reput.

Bila patut check kat bengkel?

Minyak cepat habis.

Enjin semput, berat, idle tak steady.

Bau minyak kuat.

Dah tukar benda lain tapi masalah tak jalan.

Kenali Masalah Tayar Anda

Kenali Masalah Tayar Anda

Mari cerita pasal macam mana nak tahu tayar rosak ikut corak haus dia.

---

1. Haus Tak Sekata Silang

Macam mana nampak: Bunga tayar haus tak rata, ada sana lebih ada sini kurang.
Punca: Suspension dah longgar – shock, strut, bush dah haus.
Apa jadi: Kereta rasa melayang, pegang stereng pun tak sedap, brek pun kurang.
Solusi: Pergi check & repair suspension, lepas tu rotate atau tukar tayar.

---

2. Haus Kat Dua Tepi

Macam mana nampak: Dua-dua sisi tayar haus, tengah masih elok.
Punca: Angin tayar kurang.
Apa jadi: Tepi cepat haus, minyak makin kuat habis, tayar cepat panas.
Solusi: Selalu check angin tayar ikut manual kereta.

---

3. Haus Tengah

Macam mana nampak: Tengah tayar je botak, tepi elok.
Punca: Angin tayar lebih (isi angin banyak sangat).
Apa jadi: Grip kurang, senang terbabas, risiko tayar meletup.
Solusi: Kurangkan angin ikut PSI yang betul.

---

4. Haus Tompok-Tompok

Macam mana nampak: Ada bahagian bunga tayar haus rawak, macam bertompok.
Punca: Tayar tak balance, kadang sebab brek kecemasan.
Apa jadi: Kereta rasa bergegar, stereng berat, tayar cepat rosak.
Solusi: Buat balancing & alignment.

---

5. Haus Sebelah Je

Macam mana nampak: Satu belah tayar je haus – sama ada belah dalam atau luar.
Punca: Alignment lari – camber atau toe tak betul.
Apa jadi: Kereta lari sebelah, susah kawal, tayar cepat habis.
Solusi: Buat alignment & check suspension.

---

6. Tayar Botak Licin

Macam mana nampak: Bunga tayar dah habis, licin macam papan.
Punca: Pakai lama sangat, dah sampai masa tukar tapi tak tukar.
Apa jadi: Bahaya gila – bila hujan confirm meluncur, brek lambat, tayar boleh meletup.
Solusi: Tukar tayar terus, jangan tunggu.

---

Tip Jaga Tayar ✅👇

1. Check angin tiap 2 minggu.

2. Rotate tayar tiap 8,000–10,000 km.

3. Alignment tiap 10,000 km atau bila kereta lari sebelah.

4. Balancing bila rasa gegar atau lepas pasang tayar baru.

5. Tengok tayar tiap minggu – ada paku, luka, retak, benjol.

6. Pastikan bunga tayar lebih 1.6 mm.

7. Tukar tayar tiap 40,000–60,000 km atau 4–5 tahun.

8. Bawa kereta berhemah – jangan bawak berat sangat, elak lubang, jangan brek mengejut.

9. Spare tayar pun check angin sebulan sekali.

Bila Last Bersihkan O2 Sensor?

Bila last korang bersihkan O2 sensor? Kalau tak ingat, besar kemungkinan sensor tu dah penuh dengan jelaga hitam, tu yang kereta pun rasa macam tak cukup power.

Sensor ni duduk kat saluran ekzos, jadi tiap kali enjin jalan, asap akan lalu situ. Bila karbon terkumpul lama sangat, sensor pun dah tak boleh baca betul-betul. Enjin rasa berat, nak naik bukit pun semput.

Kalau O2 sensor dah mula hantar bacaan kelaut, sistem pun confuse. Minyak pun dibakar lebih dari sepatutnya. Itu yang korang rasa minyak cepat habis walaupun jalan dekat je. Bila isi full tank rasa tak cukup seminggu 😂

Waktu paling elok cuci sensor ni bila korang rasa kereta dah mula kuat makan minyak, atau bila ada getar pelik masa idle. Tapi jangan tunggu semua tu jadi baru nak bertindak, boleh cuci ikut jadual servis pun elok.

Nak cuci O2 sensor tak boleh main redah je. Elakkan guna cecair yang ada silikon, wax, atau bahan keras lain. Benda ni boleh tinggal lapisan kat sensor tu, makin teruk bacaan dia lepas tu.

Guna pembersih khas yang memang untuk O2 sensor, atau pembersih throttle body yang selamat untuk sensor. Spray kat hujung sensor, biar sekejap, pastu lap perlahan guna kain bersih. Jangan sentuh bahagian sensor tu dengan tangan terus.

Jangan cuba cuci sensor masa enjin panas. Sensor tu boleh jadi sangat panas, bukan setakat melecuh, boleh melekat kulit terus. Biar kereta sejuk betul-betul dulu baru buka.

Kalau korang buka sensor tu tengok hitam sangat, keras dan tebal, tu tanda dia dah lama sangat tak dicuci. Kadang sensor jenis lama memang tak boleh nak pulih balik, masa tu memang kena tukar.

Kalau dah cuci tapi enjin masih semput atau minyak tetap laju habis, sensor mungkin dah haus. Tapi sekurangnya korang dah cuba cuci dulu, jimat kos sebelum tukar baru.

Benda kecil macam ni nampak macam tak penting, tapi kesan dia satu kereta boleh terasa. Lagi cepat korang jaga, lagi banyak boleh jimat nanti. Jangan tunggu sampai kena tolak kereta tepi jalan baru menyesal.

Thursday, September 18, 2025

Alex Yoong: Kenapa Sebenarnya Pelumba F1 Pertama Malaysia Tak Dapat Perform?

“Alex Yoong: Kenapa Sebenarnya Pelumba F1 Pertama Malaysia Tak Dapat Perform?”

Oleh: Azizul Farhan

Ramai yang ingat Formula 1 ni sukan elit. Hanya untuk mereka yang betul-betul berbakat dan dilatih sejak kecil. Jadi bila kita dengar ada orang Malaysia berjaya jejak grid F1, kita patut bangga. 

Tapi bila sebut nama Alex Yoong, pelumba F1 pertama Malaysia, ramai akan terus teringat satu perkara, “Kenapa dia tak perform?”

Sebenarnya cerita Alex Yoong ni lebih rumit daripada sekadar “tak cukup laju”. Dalam dunia perlumbaan yang keras dan kejam, Alex Yoong bertarung dengan realiti, tekanan dan sistem yang tak berpihak pada pelumba kecil dari negara membangun.

Alex Yoong mula bina nama di litar-litar Asia sejak umur 16 tahun, menang beberapa perlumbaan saloon dan masuk ke Formula Asia. Dekat sini dia memang bagus. Tahun 1995 dia menang lapan perlumbaan dan hampir jadi juara. Lepas tu, dia naik ke Formula Renault, Formula 3, dan Formula 3000. Semua ni laluan biasa ke F1. 

Tapi macam-macam masalah mula timbul. Kereta perlahan, tajaan sangkut, ayah terpaksa berhutang semua ni menjejaskan momentum dia.

Tahun 2001, dia dapat peluang keemasan iaitu satu kerusi dalam pasukan Minardi F1. Tapi ada satu syarat, bawa duit sendiri. 

Malaysia pun sponsor melalui Magnum Corporation. Lebih kurang USD 5 juta dibayar. Tapi duit saja tak cukup nak bersaing dengan dunia F1 yang ganas.

Masalah mula timbul sejak dari awal. Minardi memang pasukan paling miskin dalam F1 masa tu. Tak cukup alat ganti, tak cukup sesi latihan dan kereta memang slow. 

Alex hanya diberi dua hari sahaja untuk uji kereta sepanjang musim. Bandingkan dengan pelumba pasukan kaya yang uji kereta tiap minggu. 

Jadi, bila dia masuk Grand Prix, dia bagaikan dihumban ke dalam kolam tanpa tahu berenang.

Tiga perlumbaan pertama dia masa 2001 semua dia start last. Bezanya dengan teammate dia Fernando Alonso kadang-kadang sampai dua saat lebih perlahan. Tapi patut ke kita salahkan dia semata-mata?

Masuk musim 2002, Alex kekal dengan Minardi. Kali ni dia dapat teammate baru iaitu Mark Webber, rookie dari Australia. 

Dalam GP pertama kat Melbourne, Alex buat yang terbaik dapat tempat ketujuh. 

Walaupun dia tak dapat mata (kerana hanya tempat pertama hingga keenam dapat mata pada era tersebut), tempat ke-7 itu tetap merupakan antara pencapaian lebih baik dalam kerjayanya bersama pasukan Minardi yang memang terkenal sebagai pasukan underdog.

Tapi Webber lagi bagus, dapat tempat kelima dan dapat mata. 

Tapi nak tahu apa yang sebenarnya berlaku? Perlumbaan tu chaos gila.

Bermula je race, berlaku insiden besar-besaran kat pusingan pertama. Sebuah kemalangan melibatkan lapan buah kereta! Rubens Barrichello (Ferrari) dan Ralf Schumacher (BMW Williams) antara yang terlibat dan terus DNF (did not finish). Kemudian sepanjang perlumbaan, satu persatu kereta besar lain macam Jenson Button, Nick Heidfeld dan Olivier Panis pun mengalami masalah teknikal dan terpaksa bersara awal.

Dan masa ni lah kereta Minardi yang slow tapi steady terus naik ranking perlahan-lahan. Webber dan Yoong dua-dua berjaya elak segala kekecohan dan berjaya bawa kereta sampai ke garisan penamat.

Dalam Grand Prix Malaysia 2002 di Litar Sepang, Alex Yoong tidak menamatkan perlumbaan disebabkan masalah gearbox.

Perlumbaan itu adalah pusingan kedua musim 2002 dan ia merupakan home race bagi Alex Yoong sebagai satu-satunya pelumba Malaysia dalam Formula 1 pada masa itu. 

Untuk rekod, teammate beliau, Mark Webber juga tidak menamatkan perlumbaan (DNF) dalam GP Malaysia 2002 itu.

Selepas tu prestasi Alex merosot balik. Dia gagal layak beberapa kali termasuk di San Marino, Jerman dan Silverstone. Minardi terpaksa “cuti-kan” dia sekejap sebab prestasi terlalu jauh ke belakang.

Ramai kata, “Kalau dah lemah, kenapa masih dalam F1?” Tapi realitinya, dia tak pernah diberi peluang sama rata. 

Dia tak ada akses kepada latihan secukupnya, tak ada alat bantuan macam power steering yang diberi kepada Webber dan paling teruk kereta Minardi masa tu macam naik Kancil lawan Lamborghini.

Bila musim tamat, Alex Yoong dikeluarkan dari pasukan. Total daripada 18 perlumbaan, cuma 6 yang dia berjaya habiskan. Tak ada podium, tak ada mata dan imej dia sebagai pelumba F1 dah rosak teruk. Orang Malaysia gelakkan dia, dan dunia antarabangsa cop dia sebagai “pay driver” yang gagal.

Tapi itu bukan penamat cerita dia.

Lepas keluar dari F1, Alex pergi ke Amerika dan Australia. Dia lawan dalam A1GP, V8 Supercars, Porsche Carrera Cup dan akhirnya temui rentak dalam Audi R8 LMS Cup dimana dia menang kejuaraan tiga tahun berturut-turut (2014–2016). 

Dia juga bantu bangunkan sukan permotoran di Malaysia dan jadi pengulas F1 untuk TV.

Dalam satu temubual, dia akui yang “F1 sebenarnya merosakkan kerjaya saya. Bukan sebab saya tak berbakat, tapi sebab saya masuk terlalu awal, dalam pasukan yang tak mampu, dan tiada sistem sokongan.” 

Lebih pedih, dia kata impian ke F1 tu turut membunuh industri permotoran Malaysia sendiri. Bila impian besar tak berjaya, seluruh ekosistem jadi skeptikal dimana penaja takut nak taja, rakyat hilang minat dan F1 terus kekal mimpi jauh buat pelumba tempatan.

Jadi, adakah Alex Yoong gagal? Dari segi keputusan F1, ya tapi bukan sebab dia tak bagus. Dia cuma masuk ke dunia yang tak adil, pada masa yang salah, dalam kereta yang tak kompetitif. 

Dalam dunia sukan elit macam F1, bakat saja tak cukup. Kau kena ada duit, sokongan teknikal dan peluang sebenar untuk bersaing.

Dan Malaysia, masa tu, belum bersedia.

Sekarang kita ada ramai bakat muda Malaysia di F3 dan junior series. Tapi kalau kita tak belajar dari pengalaman Alex Yoong, sejarah akan ulang balik.

Kita bukan tak ada pelumba berbakat. Kita cuma perlukan sistem yang percaya dan sokong mereka, bukan biar mereka bergelut sorang-sorang dalam kapal bocor.

Kerana dalam F1, satu saat boleh tentukan antara juara dan bahan lawak. Dan Alex Yoong, malangnya, jatuh dalam kategori kedua. Bukan sebab dia lemah, tapi sebab sistem tak pernah beri dia peluang adil.


Thursday, September 11, 2025

Cuti Hari Malaysia 2025

Clear kan error² 
Check out 【Enhanced Version】THINKCAR THINKSAFE Advanced Obd2 Bluetooth Obd2 Scanner Car Scanner Car Diagnosis Odb2 Car Diagnostic Tool OBDII Car Diagnostic Scanner ECU Scanner Automotive Scanner Auto Scanner Check Engine Scanner Obd2 Gauge Obd Meter PK Launch X431 for RM179.00. Get it on Shopee now! https://my.shp.ee/QSkC3R6.



Isi minyak, 97 3 Kali RM20 untuk cuci fuel filter 

15 September 2025

16 September 2025

21 September 2025